CERAMAH TANPA TAULIAH ...?

Gambar petikan dari Harakah 23-26 Nov 2009

Selepas berita penahanan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang juga bekas Mufti Perlis oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah pada 1 November lepas, saya agak terganggu dan keliru. Ini bukanlah kerana saya peminat dan pengkagum Dr. Mohd Asri, malah saya tidak pernah berpeluang mendengar ceramah agama atau bersua kelibat bekas Mufti Perlis ini.

Beberapa hari selepas penahanan beliau, saya banyak menghubungi teman-teman saya di negeri-negeri lain. Saya boleh dikatakan mempunyai teman di serata tempat di Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak, dan teman-teman saya adalah dari pelbagai agama dan kaum dan latar kehidupan. Pada teman-teman saya yang beragama Islam saya bertanyakan samada bilangan rakaat solat yang mereka lakukan saban hari berbeza dengan saya di Selangor ini atau adakah mereka tidak perlu berpuasa dalam bulan Ramadhan atau ucapan dua kalimah syahadah mereka berbeza dari yang saya amalkan. Jawapannya semua amalan saya dan teman-teman Islam saya di merata negeri di Malaysia adalah sama dan tidak punya perbezaan kecuali waktu solat yang ‘lari’ beberapa minit berdasarkan lokasi.

Selepas Negara merdeka lebih setengah abad dan pengiktirafan sebagai Negara Islam, wujudnya Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) saya rasa tidak keterlaluan jika Islam di Negara kita masih tercari-cari kesamaan di antara negeri-negeri. Bayangkan seorang bekas Mufti sebuah negeri yang telah memberikan khidmat kepada negeri dengan restu seorang Sultan mahupun Raja memerlukan tauliah bagi menyampaikan ceramah di sesebuah negeri yang lain. Bukanlah niat saya mahu mempertikaikan tugas dan tanggungjawab jabatan agama islam negeri-negeri tetapi yang lebih mendukacitakan ialah ketiadaan penyelarasan seragam sesama mereka. Saya berpendapat tauliah di sesebuah negeri tentulah boleh digunapakai (dengan sedikit rujukan dan perakuan) di negeri lain pula.

Raja-Raja Melayu dan Sultan selaku Ketua Agama sesebuah negeri tentulah boleh dinasihatkan bagi tujuan penyelarasan Jabatan-jabatan Agama negeri-negeri di Malaysia. Adakah amalan Islam di Perlis tidak sama dengan amalan seorang Islam di Selangor? Malah ada juga kes-kes Mahkahmah Syariah yang tertangguh begitu lama hanya kerana mereka yang diadu berpindah dari satu negeri ke negeri yang lain dan tidak memungkinkan notis disampaikan kerana tiada keselarasan di antara Jabatan Agama Islam negeri-negeri di Malaysia!


Proses pentauliahan seseorang arif agama bukanlah satu proses yang mudah malah adalah proses yang cukup teliti sebelum watikah tauliah diberikan oleh Sultan mahupun Raja sesebuah negeri, adalah kewajaran bagi sipenerima tauliah di sesebuah negeri diakui oleh negeri yang lain atas dasar kefahaman, amalan dan pegangan agama Islam yang sama!

Adakah penceramah agama yang bertauliah di sesebuah negeri menyesatkan apabila berceramah di negeri yang lain pula? Bukan budaya hedonisme yang hebat lebih menyesatkan?


Nota Kaki: Tulisan ini bukanlah bertujuan mempertikaikan pegangan dan pendirian Jabatan Agama negeri-negeri malah bukan juga mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu dan Sultan selaku Ketua Agama bagi sesebuah negeri.

Ulasan

anep berkata…
salam tuan, ulasan yang bernas..
hamdan berkata…
sepatutnya dah lama patut diselaraskan..
sarip dol berkata…
Malaysia Boleh..Islam jadi jenaka pada bukan Islam,
SIS berkata…
bila pekung didada dibuka...habis semua...yg rugi umat Islam sendiri...disenyum sinis oleh musuhnya...Tuhan dah bagi petunjuk supaya umat Islam sedar... bila la nak bersatu!!!...
kamil berkata…
org islam sendiri memusuhi islam berselindung di sebalik hukum2 remeh..
hj karim berkata…
sepatutnya isu pentauliahan dan urusan agama diseragamkan..apa jadi JAKIM?

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?