BAJET BUKAN POPULIS ...

'Banner' ihsan www.utusan.com.my


Semalam pembentangan Bajet 2010 oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan buat kali pertama. Walaupun banyak insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri, tetapi yang lebih dinanti oleh ratusan ribu kakitangan sektor awam ialah pengumuman bonus samada satu atau dua bulan. Malangnya Perdana Menteri dalam ucapannya pada para 136 hanya mengumumkan bayaran khas kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam rentetan daripada pengumuman kepada kumpulan sokongan sebelum ini. Bajet 2010 bertemakan 1Malaysia – Kemakmuran Bersama, bersifat sangat realistik dengan mengambil kira iklim ekonomi Malaysia dan dunia yang kurang memberangsangkan.

Keprihatinan Kerajaan terhadap kemiskinan bandar, dengan perubahan Kementerian Wilayah Persekutuan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar adalah sanagt bertepatan. Moga kemiskinan bandar akan terus menjadi salah satu agenda utama kerana pelbagai masalah sosial dapat diminimakan ekoran tumpuan kepada menangani masalah kemiskinan bandar.

Soalnya YAB Perdana Menteri boleh memilih untuk bersifat popular dengan memberikan bonus satu atau dua bulan sebagaimana yang dicadangkan oleh pihak CUEPACS, tetapi berpijak di bumi nyata dan bersifat realistik menjadi pilihan sesuai dengan langkah penjimatan dan berhemah! Syabas!

Ulasan

ustazah berkata…
bersyukurlah kita masih punya pekerjaan..
SIS berkata…
walau sy juga kktgn krjn tapi tak mengharap sgt pada bonus..sbb byk lg yang lebih memerlukan terutama institut2 latihan dibwh naugan kerajaan smpai nak byr makanan bermasak utk pelajar pun tak cukup budget..gara2 peruntukan yang disalah guna..itulah kemiskinan bandar sebenarnya..miskin rasa..miskin jiwa..
saripdol berkata…
setuju..syukurlah masih ada kerja..kalau PM nak popular tentu boleh diberkan bonus..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?