THE UNROMANTIC ORIENT - PERJALANAN KESUFIAN


Buku ini adalah tulisan dalam bentuk travelogue yakni diari perjalanan, bezanya ditulis oleh seorang wartawan Yahudi - Leopold Weiss, untuk menyelami kehidupan perjalanan ke Mesir, Palestin, Syria dan Turki. Perjalanan ini tidak seperti kelaziman pelancong Eropah tetapi lebih sebagai rakyat marhaen dengan menikmati perjalanan secara miskin dan biasa.

Pengalaman pertama dengan dunia Arab, si wartawan Yahudi ini ialah sewaktu dalam perjalanan dengan keretapi apabila seorang pedagang kecil Arab berkongsi sepotong kek dengannya.

Tersentuh dan terkesan yang amat dengan kehidupan yang bersahaja golongan petani dan pengangkat barang Badwi yang sentiasa ceria dan penuh kemanusiaan, Leopold Weiss dengan perjalanan luar biasa ini merubah si Yahudi - Leopold Weiss menjadi seorang Islam yang akhirnya mencapai tahap 'ulama' serta dikenali sebagai Muhammad Asad.

Sesungguhnya The Unromantic Orient adalah catatan perjalanan kesufian si pengarangnya yang memeluk Islam pada tahun 1926 dan menetap di pelbagai negara Islam dan menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim yang taat dan amat komited terhadap keislamannya.

Buku ini sempat saya baca sewaktu dalam kesibukan melayani karenah si kontraktor buku projek Perpustakaan Desa PNM 2008, yang seramai 218 syarikat- faham-faham ajalah!

P/S: Teringat perjalanan Pak Samad (SN/SR A. Samad Said) dalam Warkah Eropah!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Syabas kerana buku tuan terpilih..moga2 murah rezeki ..bila leh kari kepala ikan lak...
Tanpa Nama berkata…
Jealous la gua dengan lu bro..sibuk2 pun ada masa nak baca..tabik bro..
Tanpa Nama berkata…
Aku salah seorang kontraktor yg kena kutuk 2..hahahaha..tapi margin lu respek bro..moga murah rezeki..amin..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?