AKUJANJI SAYA KEPADA KERAJAAN NEGERI MELAKA


Salam. Maaflah sebab lama dah tak update blog ini, sebenarnya saya kurang sihat, loya dan muntah-muntah. Selepas kembali ini saya ingin membuat akujanji untuk sentiasa mempromosi Negeri Melaka dalam segala bentuk tindakan dan tindak tanduk saya termasuklah dalam aktiviti seharian saya dan juga dalam blog ini.

Tujuan saya mengambil pendekatan ini dan membuat akujanji hanyalah satu, moga-moga pada tahun depan saya bakal dianugerahkan gelaran 'Datuk', oleh Kerajaan Melaka kerana mempromosi negeri Melaka, alah macam SRK tu, yang dianugerahkan gelaran 'Datuk' kerana mengenang jasa-jasanya mempromosi Negeri Melaka! Waduh-waduh tijah...tolonglah!


Bangunlah bangsaku dari lena yang panjang! Carilah kewajaran yang lebih munasabah. YAB Ketua Menteri (menurut laporan akhbar) khabarnya SRK dicalonkan (rekomenlah tu) oleh Tun Daim Zainuddin, tapi malangnya Kerajaan Negeri Melaka boleh pulak termakan pencalonan itu..ha..haha..lawak antarabangsa betul, tapi memanglah kan Melaka pun telah diiktiraf dan disenaraikan oleh UNESCO, maka gelaran Kerajaaan Negeri pun mestilah diantarabangsakan. Syabas Kerajaan Melaka Bandaraya Bersejarah. Malaysia Boleh!

p/s: Sebenarnya loya dan muntah saya ialah kerana membaca laporan akhbar tentang SRK dianugerahkan gelaran Datuk!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
bETUL TUAN, LAWAKNYA MALAYSIA KU!
Tanpa Nama berkata…
Agaknya mmg berjasa bebenor si Shah Rukh Khan tu..kot..apapun Malaysia Boleh..keep it up bro Ali!
Tanpa Nama berkata…
Tahniah kepada Melaka yang berfikiran antarabangsa ..selayaknya mendapat pengiktirafan DUNIA...hahahaaha
Tanpa Nama berkata…
Moga KAKISAKAT akan juga mendapat gelaran DATUK kerana akujanjinya..
betul ... betul ... betul!

rujuk upin dan ipin!
IRA berkata…
begitu sekali penangan datuk SRK ye...

hehehe
SIS berkata…
Melaka terkenal dengan sejarah kemelayuannya..now dah jadi sejarah hindustani la pulak!!mesti masuk world book of record la.. cayalah!!!(hehehe)Lepas ni Jacky Chan pun ada peluang beb..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?