PERSIDANGAN ANTARABANGSA AGAMA DALAM MENCARI KEADILAN DAN KEAMANAN SEJAGAT

( Dr. Chandra Muzaffar) Dari 24 Julai hingga 26 Julai 2008, saya berkesempatan menghadiri PERSIDANGAN ANTARABANGSA AGAMA DALAM MENCARI KEADILAN DAN KEAMANAN SEJAGAT. Persidangan 3 hari anjuran Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPris) & Universiti Sains Malaysia (USM) menghimpunkan pembentang dari dalam dan luar negara dengan 5 kertas kerja dan sesi bengkel yang begitu merangsang percambahan minda. "Sebagai pengkaji saya membaca al-Quran dan menelitinya walaupun saya bukan Islam. Saya dapati asas ajaran al-Quran mengenai keharmonian, kebebasaan dan keazaman tidak berbeza dengan agama lain. Sebab itu saya tidak menolak ajaran Islam sebagai cara hidup saya" - Prof. N. Radhakrishnan (India). Itu ungkapan seorang sarjana dari India dan beragama Hindu yang meneliti Al-Quran dalam misi mencari ilmu, amatlah memalukan jika kita yang beragama Islam tidak mengambil inisiatif untuk mendalami Al-Quran, sekurang-kurangnya itulah yang dirasakan oleh diri saya! Dala...