Blog ini adalah medan perkongsian pengalaman sama ada pengalaman kehidupan, membaca, menonton, menghadiri aktiviti seni baik teater, puisi dan kesan terhadap buku, filem, teater dan sebagainya. Selamat menikmati! Terima kasih.
SALAM PEMULA BICARA!
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Assallamualaikum pemula bicara, selamat datang ke laman blog kaki sakat...di samping sebagai medan bertukar-tukar fikiran, diharap akan merapatkan ukhwah sesama kita..
Malam Sabtu lepas dalam kesibukan saya menyiapkan diri untuk ke Pulau Lagenda Langkawi sempat mencuri-curi menonton program khas terbitan TV3 bagi mengenang arwah Yasmin Ahmad: Pewarisan Yasmin Ahmad dengan terjemahannya dalam bahasa Inggeris – The Legacy of Yasmin Ahmad. Memang rugi bagi siapa yang terlepas peluang menonton dokumentari khas ini yang dimuatkan dalam rancangan majalah mingguan – Majalah 3 . Pewarisan Yasmin Ahmad menyingkap kerjaya dan belakang tabir kerja arwah Yasmin Ahmad samada sebagai seorang pengarah iklan mahupun filem. Wawancara dengan mereka yang pernah bertugas dengan Yasmin Ahmad memang menyebakkan. Malah falsafah hidupnya yang diangkat lewat karya-karya garapannya, ulasan oleh para pelakon filem-filemnya memang menyentuh hati. Bukanlah kerja saya mengulas sesuatu rancangan yang telah disiarkan oleh sesebuah stesen TV, malah bukan juga mahu turut memperkatakan mengenai Yasmin Ahmad, tetapi saya lebih tertarik dengan kesunggguhan stesen TV3 untuk menggunakan i...
Saya selalu mengabadikan hari Jumaat dengan aktiviti seminima mungkin dan yang kurang membebankan minda saya. Itulah kelaziman saya menjalani kehidupan hari Jumaat saya sekian lama. Seperti biasa, menghadap TV3 untuk menonton Buletin Utama , saya beberapa kali membetul dan mengubah saluran, sangka saya saya tersilap saluran, namun itu juga yang saya lihat di kaca televisyen. Apa tidaknya aksi demonstrasi jalanan menghiasi kaca televisyen saya, saya tergamam apakah itu berita dari negara jiran samada kota Bangkok ataupun Jakarta, ternyata saya silap, lokasinya ialah di Kuala Kangsar Bandar DiRaja ! Bandar DiRaja Kuala Kangsar memang lazimnya menjadi persinggahan kami sekeluarga samada dalam perjalanan pergi dan balik dari kampung di utara, apa yang menambat kami untuk singgah di bandar tepi sungai ini – Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar . Apa yang saya saksikan benar-benar mengecewakan, lebih 3000 rakyat Malaysia (pedulilah mereka itu penyokong PAS, PKR ataupun Pakatan Rakyat) merusuh d...
Saya diserang demam yang teruk beberapa hari yang tidak memungkinkan saya meng' update ' blog saya. Tiba-tiba sahaja demam saya kebah. Puncanya kerana saya naik ' hangin ' apabila Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan membuat saranan agar kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke Malaysia. Apa ni, dah tak cukup modal ke nak memenangi hati kaum Cina! Selepas sekian lama bergelumang dengan fahaman komunis dan sebahagian besar usianya dihabiskan di negara luar, Chin Peng yang kononnya dilahirkan di Sitiawan tiba-tiba sahaja mahu diangkat sebagai hero untuk kembali ke negara ini. Sebenarnya walaupun Chin Peng masih memegang kerakyatan negara ini (saya tidak pasti samada masih bergelar warganegara Malaysia), tetapi tindak tanduknya menentang tentera melalui gerakan komunisnya sudah cukup memadai untuk menghalangnya kembali ke negara ini. Saya bukanlah manusia berhati kering, tetapi menggunakan kewajaran kemanu...
Ulasan
Saya bisa dihubungi lewat email satirakacau@yahoo.com
Tahniah atas kemunculan blognya.
Patut dari dulu dah ada blog sendiri..
Semoga maju kedepan lagi.....