SPRM, BUAT SAJALAH KERJA!

Antara agensi yang menjadi tumpuan pasca kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Agensi ini memang menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia dan antarabangsa. Sebabnya adalah mudah kerana agensi ini yang sepatutnya berfungsi secara bebas, khabarnya terikat tangannya apabila mengendalikan kes-kes berprofil tinggi. Kes terbaru pasca kerajaan baru selepas 10 Mei 2018, adalah kes yang berkaitan dengan 1MDB yang pengerusinya adalah Datuk Sri Najib Tun Razak, mantan Perdana Menteri. Apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed mengambilalih tampuk kepimpinan negara, antara agenda reformasinya adalah memperbaiki sistem yang telah rosak. Yang paling terkesan adalah SPRM. Ketika era Najib, SPRM diterajui oleh Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang kini telah kembali ke Jabatan Peguam Negara, kerana meminta untuk dilepaskan daripada kontraknya. Banyak nama-nama yang muncul, antaranya adalah Tan Sri Abu Kas...