DEGAR SEKOLAH SATU ALIRAN
Dongeng sekolah satu aliran bukanlah cerita baru. Seperti usaha transformasi pendidikan, kisah sekolah satu aliran juga adalah sesuatu yang sudah basi. Menteri bertukar, nama kementerian juga diubah dan dan diubah semula. Namun usaha mengwujudkan sekolah satu aliran masih tinggal sebagai mimpi sahaja. Tidak pasti apakah agenda sebenar pihak-pihak yang mahukan sekolah satu aliran. Sebahagian daripada mereka mengucapkan mantera perpaduan dan sekolah satu aliran adalah ubat yang paling mustajab khabarnya. Setelah puluhan tahun kita merdeka dan sekolah aliran Cina dan Tamil bercambah seadanya, tiba-tiba sahaja gendang sekolah satu aliran dipalu. Tidak pasti apakah sebenarnya yang dimahukan dengan adanya sekolah satu aliran. Sekolah aliran Cina adalah begitu terkehadapan dengan pengurusan oleh lembaga pengelola yang komited untuk memajukan pendidikan dalam kalangan komuniti mereka. Dalam situasi yang berbeza, sekolah aliran Tamil pul...