PEGUAM VS PENDANDAN RAMBUT – SIAPA JADI PILIHAN?
Semalam dikhabarkan dalam Parlimen bahawa upah yang diterima oleh Peguam Shafiee bagi kes Anwar Ibrahim hanyalah RM1000.00 (baca: seribu sahaja). Bagi seorang peguam seperti Shafiee, yang terkenal dengan bayaran yang agak tinggi untuk sebarang kes yang diwakili oleh beliau, tentulah jumlah yang disebut oleh Menteri di dalam Parlimen hanya akan menjadi bahan lawak. Peguam Shafiee mengambil masa agak lama kerana kes Liwat II yang dijalankan khabarnya antara yang terpanjang dalam sejarah perbicaraan di negara kita. Beberapa minggu yang lalu, Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan membetulkan kenyataan isteri Perdana Menteri yang khabarnya membangkitkan bayaran bagi dandanan rambut yang sebut oleh Datin Seri Rosmah Mansor iaitu RM1200.00. Siapa pun pun tahu, tugas dandanan dan peguam adalah dua jenis tugas ikhtisas, namun tugas seperti peguam Shafiee mengambil masa berbulan-bulan malah bertahun-tahun apatah lagi yang melibatkan kes seperti Liwat II. Namun bagi seorang pen...