APABILA MAHATHIR KENA KENCING?
Bayangkanlah jika orang yang tidak dikenali datang dan mahu menggunakan laman rumah kita untuk sebuah majlis, dan kita tidak pula mengenali penganjur majlisnya. Selepas beberapa ketika tersebar pula bahawa majlis yang dianjurkan itu bercanggah dengan perundangan negara pula. Untunglah pihak berwajib tidak akan mendakwa dan memanggil kita untuk memberi keterangan. Itulah analogi kisah bagaimana Yayasan Kepimpinan Perdana yang diasaskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dimana berlangsungnya Seminar “Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian Semula” pada Ahad lepas kini mengundang persoalan pengisian seminarnya. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) khabarnya telah membuat rumusan bahawa Dr. Mahathir tidak bersalah dan tidak akan dipanggil untuk memberi keterangan malah tidak mempunyai kaitan dengan seminar kontroversi pemikir Dr. Kassim Ahmad. Bagaimana JAKIM merumuskan hal ini tentulah tidak memerlukan jawapan yang panjang sesuai dengan semangat Malaysia Bo...