PANDANG KE TIMUR LAGI!
Selepas hampir tiga dekad dasar pandang ke timur diperkenalkan mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad, kini ia dijengah semula oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak. Dengan jolokan ‘gelombang kedua’, dasar Pandang Timur adalah anjakan kepada hubungan baik dua hala sedia ada Jepun dan Malaysia. Pada awal pentadbiran Dr. Mahathir Mohamad, sejak 1981, kagum dengan etika kerja dan kaedah perniagaan Jepun, beliau memperkenalkan Dasar Pandang Timur. Malah beliau juga memperkenalkan kempen ‘Buy British Last’ sebagai protes kepada tindakbalas Britain terhadap usaha menasionalkan syarikat-syarikat di Malaysia. Ironinya, Jepun yang bangun daripada keruntuhan Hiroshima dan Nagasaki menjadi idola banyak negara bagaimana mereka bersifat kental, rajin dan sangat berdedikasi terhadap aspek membangunkan negara mereka. Melalui dasar pandang timur ketika era Dr. Mahathir, tumpuan adalah lebih kepada pendidikan dan perindustrian berat, apabila syarikat pengeluar ke...