AKSES MEDIA BEBAS & ADIL DALAM PRU 13


Salah satu daripada lapantuntutan Bersih 3.0 adalah “akses media yang bebas dan adil”.  Rentetan daripada perhimpunan Bersih 3.0 pada28 April yang lalu yang melihat bagaimana sebilangan wartawan dan jurugambarmedia dikasari seolah-olah meletakkan kebebasan media di negara ini di tahapyang amat membimbangkan, apatah lagi apabila ianya berlaku dan dilaporkansecara meluas oleh akhbar-akhbar Cina berbanding akhbar arus perdana berbahasaMelayu.

Tragedi yang menimpa pihak mediapada 28 April bukanlah sesuatu yang menggembirakan rakyat Malaysia apatah lagiianya berlaku ketika beberapa hari sambutan kebebasan akhbar yang diraikan pada3 Mei saban tahun.  Akhbar-akhbar Cinabukan sahaja memprotes malah melakukan tindakan protes yang dianggap sebagaisokongan padu kepada pihak media yang dikasari dengan ‘menghitamputihkan’ mukadepan akhbar mereka pada 3 Mei sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar, sambutanserentak di seluruh dunia.  Anehnyatindakan ini dilakukan secara serentak oleh 4 buah akhbar arus perdanaberbahasa Cina.

Gambar ihsan: malaysiakini.com

Pada 12 Mei yang lalu pula,Kumpulan Aktivis Media Independan (KAMI)  yang ditubuhkan pada tahun 2000 selepasPilihanraya Umum 10, menganjurkan Konvensyen Akses Media Bebas dan Adil DalamPRU 13, sebagai satu tuntutan yang wajar seperti yang digariskan dalam Bersih3.0. 

KAMI berpendapat bahawa tuntutanbagi akses media bebas dan adil bukanlah satu yang tidak munasabah memandangkanmedia Kerajaan seperti Radio Televisyen Malaysia, Jabatan Penerangan danPertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) adalah digerakkan daripada wangrakyat, maka sepatutnyalah media-media ini memberi akses bebas dan adil kepadasemua termasuk pihak pembangkang.

Konvensyen Media Bebas dan AdilDalam PRU 13 diisi dengan tiga sesi  yangdimulai dengan Ucaptama oleh Prof Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah yangmemperkatakana mengenai media institusi yang diwakili oleh akhbar dan mediayang dimiliki oleh institusi, syarikat dan parti-parti politik seperti UMNO,MCA dan MIC berbanding media partisipasi seperti rangkaian sosial, blog danmedia-media independen.  Pada pandangannyapada ketika ini, media-media institusi sedang ditewaskan oleh mediapartisipasi.

Sesi kedua menampilkan diskusiyang disertai oleh wakil dari Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) diwakili olehSetiausaha Agungnya, V. Anbalagan, peguam dan AJK Pas Pusat, Hanipa Maidin,Ketua Editor Harakah, Ahmad Lutfi Othman, mantan Editor NSTP, Datuk A. Kadir Jasin dan Editor Malaysiakini, FathiAris Omar yang bertindak sebagai moderatornya.

 Sesi ini mengupas pengalaman media Malaysiaketika PRU khususnya PRU-12.  Pengalamanmedia Malaysia khususnya media arus perdana terus dikritik sebagai terlalutaksub dengan ‘tuan’ mereka sehingga hampir menghakis etika kewartawanantulen.  Kesatuan Wartawan Kebangsaanmisalnya kini lebih bersedia untuk membantu ahli-ahli mereka yang terdiridaripada wartawan supaya laporan mereka tidak diputarbelitkan oleh editormereka, sesuatu yang kelihatannya memberangsangkan.

Pada sesi akhir yangdimoderatorkan oleh kartunis terkenal, Zunar menampilkan ‘penghasut’Hishamuddin Rais dan YB Nurul Izzah, pelbagai pandangan dilontarkan mengenaiperanan media khususnya media indenpendan agar lebih ampuh dan berkesan di matarakyat.  Strategi media harusdiperkasakan bagi memberikan input dan keberkesanan impaknya.  Nampak ramai yang bersetuju bahawa ‘aksesmedia bersih dan adil’ adalah satu yang harus dilunasi oleh pemerintah, initerbukti dengan kehadiran yang ramai pada konvensyen ini, apatah lagi lebih250,000 yang menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April yang lalu tidakmungkin tersilap!

Ulasan

ts berkata…
saya jua menghadirnya ..tahniah
anep berkata…
hanya ketidakwarasn ameno sahj yg menghalalkan keganasan bkn sahja kpada media malah org awam..
Tanpa Nama berkata…
media arusperdana melayu memalukan..
SIS berkata…
wartawan dimedia arusperdana dalam keterpaksaan...ditelan mati mak diluah mati bapak...demi nafkah untuk anak2 dan keluarga...kalau tak ikut kuasa2 diatas sana jawapnya kena cari mkn tempat lain...ditambah dgn keadaan skrg yg mmg susah..patutnya ada kebebasan untuk sokong apa yg betul dan bantah apa yang salah...tp semua ditangan Tuhan..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?