PESTABUKU, DUDUK , BANTAH & BACA!

Esok akan bermula Pesta BukuAntarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) Edisi ke-31yang bertemakan “Buku: Dunia Tanpa Sempadan”. Khabarnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun lepasmencatatkan bilangan pengunjung seramai 1.7 juta orang. PBAKL 2012 ini akan berlangsungdari 27 April hingga 6 Mei 2012. PBAKLkali ini diharap akan mampu mencapai bilangan pengunjung yang tinggi di sampingmencatat jualan yang memberangsangkan juga. Ironinya walaupun PBAKL sentiasa mempunyai ramai pengunjung namunakhirnya, para penjual dan penerbit yang menyertainya akan mengeluh dengannilai jualan yang tidak memberangsangkan. PBAKL kali ini juga menyaksikan tujuh daripada sepuluh hari PBAKL iniberlangsung pada hujung minggu yang dimulai dengan hari Jumaat (27,28,29 Aprildan 4, 5, 6 Mei) ditambah pula cuti umum Hari Pekerja pada 1 Mei (Selasa). Jadi jika penganjur mengimpikan pertambahanbilangan pengunjung sehingga 30%, nampak tidak mustahil. Pada hari kedua PBAKL...