DAWAMA OH DAWAMA ...

Beberapa ketika dahulu ketika program sambutan 56 Tahun DBP di Dewan Bahasa dan Pustaka, ada pandangan yang mengatakan bahwa DBP kini seumpama pesakit kanser tahap tiga, perlukan rawatan yang begitu rapi dan sistematik jika tidak boleh mati. Sebenarnya kanser DBP adalah disebabkan oleh ketumbuhan yang perlu dibuang. Ketumbuhan yang menjangkiti DBP sebenarnya adalah Dawama. Dawama adalah hasil penswastaan Bahagian Pemasaran dan Percetakan DBP, sehingga Dawama diberi hak eksklusif mencetak dan memasarkan buku serta majalah DBP berkuatkuasa 1 September 2002, dengan konsesi selama 12 tahun. Hari ini secara eksklusif akhbar Berita Minggu melaporkan bahawa DBP terpaksa mengambil alih proses menerbitkan buku teks bagi kegunaan pada tahun hadapan, kerana tidak mahu menjejaskan pengagihan buku teks di sekolah-sekolah apabila sesi persekolahan bermula pada awal tahun nanti. Kisah Dawama dan kegagalannya memenuhi aspirasi mandatnya telah banyak diperkatakan. Malah telah juga ada...