TENANG YANG GELORA …

Pecahan pengundi DUN Tenang, ihsan daripada http://bigdogdotcom.wordpress.com TENANG YANG GELORA … Beberapa hari lagi menjelang penghujung bulan pada 30 Januari akan berlangsung Pilihanraya Kecil DUN Tenang yang menjadi kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha yang meninggal dunia pada awal Disember yang lalu. Nasib calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim mahupun bekas guru Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Kemelah, Normala Sudirman yang mewakili PAS akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di DUN Tenang. Walaupun negeri Johor dikatakan sebagai kubu kuat Barisan Nasional tetapi dengan gaya dan cara kedua-dua mereka berkempen seolah-olah masing-masing mempunyai peluang yang sama rata. Calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim bekas Penolong Pegawai Daerah yang lebih dikenali sebagai Tok Ai, dikatakan calon yang tepat bagi memastikan kerusi DUN Tenang kekal di tangan Barisan Nasional. Majoriti yang menurun pada Pilihanraya ...