APABILA PEMIMPIN SUDAH TIDAK BERADAB …
Sekarang ini ialah musim mesyuarat bahagian UMNO, di merata pelusok tanah air, mesyuarat peringkat bahagian dilangsungkan, dan berduyun-duyunlah pemimpin pusat sama ada Pak Menteri atau pemimpin kanan parti dijemput bagi merasmikan mesyuarat bahagian yang berlangsung. Perasmian ini dituruti pula dengan pelbagai cenderahati termasu k omputer peribadi, buah-buahan Malaysia, lukisan catan si pemimpin, atau mungkin juga buku-buku (kalaupun ada). Ini namanya orang beradab, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Adab orang Melayu, jemputan harus dihargai dan dipenuhi (kecuali jika benar-benar ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan). Lain pula ceritanya di mesyuarat bahagian Setiu yang perasmiannya dilakukan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Ini bukan mesyuarat bahagian yang biasa, malah dianggap luar biasa kerana ketidakkadiran (baca:biadap) empat pemimpinnya yang juga ADUN dalam kawasan Parlimen Setiu, malah bukan itu sahaja mereka yang tidak hadir pada mesyuarat ...