KEMELUT MCA – TAHNIAH DR. CHUA SOI LEK …

(Gambar Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek diambil dari www.thenutgraph.com) Saya bukan penyokong Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang baharu sahaja dinobatkan sebagai Presiden MCA pada pemilihan parti semalam. Tetapi apabila ada sekumpulan yang menggunakan pelbagai cara bagi menidakkan proses demokrasi dalam parti terbesar Cina di negara kita, saya rasa terpanggil untuk menyatakan sokongan saya kepada Presiden MCA yang baru ini. Datuk Seri Ong Tee Keat yang menerajui MCA selama 17 bulan tidak pernah sunyi dari pelbagai kecaman dari dalam dan luar partinya, dan kekalahan kepada Timbalannya bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditelan. Siapalah kita untuk menjadi hakim tentang skandal yang pernah menimpa Dr. Chua Soi Lek , tetapi keberanian dan kesungguhan beliau untuk mengakui kesilapannya akan tetap diingati oleh seluruh rakyat Malaysia. Kepada Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang tanpa jawatan hakiki dalam Kerajaan, bukan pun seorang Menteri, bukan juga seorang Ahli Parlimen (beliau mem...