WITHOUT FEAR OR FAVOUR
Begitulah muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini. Kisahnya mengenai perlantikan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin sebagai Pengerusi PAC yang baru. Beliau menggantikan Datuk Nur Jazlan, Ahli Parlimen Pulai yang dilantik sebagai Timbalan Menteri dalam rombakan kabinet Julai lepas. Pengerusi PAC itu memberi jaminan bahawa siasatan mengenai entiti strategik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan diteruskan tanpa rasa gentar dan berpihak. Bunyinya memang menarik kerana selepas Pengerusi PAC yang lepas dilantik menjadi Timbalan Menteri, urusan PAC seperti tergantung kerana khabarnya tidak boleh diteruskan tanpa pengerusinya. Ketika pengerusi dan bebearapa ahli dalam PAC dilantik menjadi Timbalan Menteri, urusan PAC menjadi tempang dan tidak dapat diteruskan kerana ketiadaan Pengerusi. Kini selepas tiga bulan, PAC mendapat pengerusinya yang baru. Antara yang diungkapkan oleh Pengerusi PAC yang baru ini adalah usaha untuk teru...