SELAMAT JALAN MURRABI UMMAH
Tok Guru Nik Aziz yang meninggalkan kita semua semalam bukanlah sosok yang mudah kita temui. Saya secara peribadi tidak begitu mengenali Allahyarham kecuali sejak beberapa tahun yang lalu apabila menyertai Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) di bawah pimpinan Sdr. Dinsman. Di bawah PAKSI pelbagai program telah digerakkan, namun yang paling menjadi kenangan adalah pementasan teater Abul Asy’ yang diilhamkan sendiri oleh Tok Guru Nik Aziz ketika hayatnya. Idea asalnya disampaikan sendiri oleh Allahyarham kepada Sdr. Dinsman yang kemudiannya mengolah menjadi sebuah teater yang dipentaskan di sebuah hotel di Kota Bharu pada tahun 2012. Teater Abu Asy’ mempunyai sejarahnya sendiri apabila menggabungkan pelakon lelaki dan wanita berlakon bersama-sama di sebuah pementasan. Teater tersebut juga adalah bagi mengenengahkan artis-artis yang berhijrah menyertai parti PAS. Antaranya adalah pelakon Abby Abadi, penyanyi Aishah, Bob Lokman, Abu Bakar Juah dan Zack Idris. A...