EGO GENG 25!
Mereka semua adalah insan hebat, jika dalam takrif UMNO, The Towering Malay . Apa tidaknya kesemua mereka adalah mantan pegawai tinggi Kerajaan. Kesemua mereka mempunyai kedudukan dan telah berjasa kepada negara sama ada secara langsung mahupun tidak. Mengejutkan adalah kerana baru-baru ini telah menghantar surat terbuka kepada rakyat Malaysia dalam apa yang ditanggapi sebagai seruan kepada kesederhanaan. Malah mereka melabel diri mereka sebagai kumpulan warganegara yang prihatin, terganggu dan amat kecewa dengan pertikaian berterusan mengenai pelaksaan undang-undang Islam di negara ini selain mengganggap mereka sebagai ‘moderat Muslim’. Dalam surat terbuka mereka kepada rakyat Malaysia, kumpulan turut menyuarakan kebimbangan terhadap kebangkitan gerakan kanan yang menuduh pihak yang berani bersuara sebagai anti Islam, anti institusi beraja dan anti Melayu kerana tindakan mereka menyukarkan usaha penyelesaian konflik, selain membidas Akta Hasutan digunakan....