HEBAT SANGAT KLIA HINGGA TIDAK BERBOMOH …
Ketika kita sedang hebat mempergiatkan usaha mencari pesawat MH370 yang hilang, dengan bantuan negara-negara lain dengan pelbagai cara mencakupi ruang udara, laut dan darat, ada juga usaha-usaha spiritual. Seperti yang diungkapkan oleh mantan juruterbang Kapten Nurudin Abd Majid, “apabila kekehebatan sains berakhir, di situlah mulanya kekuasaan Allah SWT.” Namun apabila muncul pula seorang bomoh yang menggunakan kaedah tersendiri, tiba-tiba Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa “rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan akidah Islam kerana mengandungi unsur syirik, khurafat serta penipuan”. Hebatnya JAKIM sehingga dengan hanya melihat boleh membuat kesimpulan bahawa bomoh yang dimaksudkan bergulat dengan syirik, khurafat dan penipuan. Secara peribadi, saya bukanlah seorang yang mempercayai dengan perbomohan, namun saya tidak pernah menolak jika ada rakan-rakan yang mahukan saya menemani mereka untuk tujuan tersebut....