CUKAI TAKSIRAN, HUKUMAN PENGUNDI IBU KOTA?
Ketika melawat tukang gunting saya beberapa hari yang lalu, beliau yang menetap di pinggir ibu kota Kuala Lumpur merungut mengenai cukai taksiran hartanah yang bakal dibayarnya berjumlah RM7,200.00. Seperti biasa, saya akan katakan janganlah fitnah kerajaan BN menuduh mengenai kenaikan cukai taksiran hartanahnya, mungkin ia adalah tunggakan yang tidak berbayar. Namun saya silap, apabila dimaklumkan bahawa dia tidak pernah mempunyai tunggakan dan menegaskan itulah nota peringatan yang diterima untuk pembayaran cukai taksiran hartanahnya. Seingat saya dia hanya tinggal di pangsapuri tiga bilik yang diterimanya sebagai pampasan apabila rumah ‘panjang’ mereka di Kampung Selamat dibangunkan oleh DBKL dengan kerjasama sebuah syarikat swasta. Jika bagi seorang eksekutif pun yang berpendapatan RM5,000 sebulan akan merasakan bahang dan peritnya apatah lagi bagi seorang tukang gunting sepertinya. Bayangkan cukai taksiran hartanah sehingga RM20 sehari! Apabila di...