LEBUHRAYA RAKYAT, MENGAPA TIDAK?


Saya  menjadibegitu teruja apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun)  mengambilalihtampuk  kepimpinan negara pada 31 Oktober2003, antara yang pertama dilontarkan oleh beliau ialah ‘bekerja bersama saya’yang menjadi pegangannya sepanjang beliau menerajui negara, namun beliau terpaksamelepaskan jawatannya kepada Timbalan beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak untukmenjadi  Perdana Menteri Malaysia yang keenam.


Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambilalihkepimpinan negara, beliau juga memperkenalkan gagasan 1Malaysia dengan slogan‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan khususnya kepada rakyat Malaysiadaripada pelbagai kaum memang satu langkah yang tepat bagi menyuburkanperpaduan di kalangan pelbagai kaum, sekali lagi saya teruja.

Pada 28 Mei 2012 bersamaan 7 Rejab 1433, KerajaanNegeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz mengadakan upacara pecahtanah pembinaan Lebuhraya Rakyat dari Kota Bharu ke Kuala Krai sejauh 73kilometer, saya menjadi amat teruja malah mengalah keterujaan saya kepadaslogan Pak Lah – ‘bekerja bersama saya’ ataupun Gagasan 1Malaysia yangdiperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.  Sebabnya mudah, kedua-dua mereka sama ada PakLah mahupun Perdana Menteri memang meletakkan rakyat sebagai keutamaan, namunapabila Kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz memilih untukmembina sendiri Lebuhraya sepanjang 73 kilometer untuk manfaat anak negerimereka, saya menjadi amat teruja dan kagum.

Merealisasikan pembinaan sebuah lebuhraya dengankos RM1.8 bilion dalam sebuah negeri yang dilabel oleh pimpinan negara sebagai‘negeri termiskin’ bukanlah satu perkara yang mudah namun bukan juga sesuatuyang mustahil.  Rekod di negeri Kelantan,mereka pernah membina beberapa infrastruktur awam dengan biaya sendiri telahmenjadi bukti di mana ada kemahuan dan iltizam di situ ada jalan.

Dengan kos sebanyak RM1.8 billion bagimerealisasikan 73 kilometer lebuhraya ini, seorang rakyat hanya perlumenyumbang sekitar RM50.00 bagi setiap sentimeter lebuhraya ini.  Tujuh puluh tiga kilometer bersamaan dengan73,000 meter bersamaan dengan 7,300,000 (tujuh juta tiga ratus ribu)sentimeter.  Jika mengambilkira prinsippareto bahawa 80% kos  akan datangdaripada 20% penyumbang manakala 20% kos akan datang daripada 80%penyumbang.  Makanya daripada kos RM1.8billion, 20 % daripadanya yang bersamaan dengan RM360 juta akan disumbang olehrakyat biasa dengan sumbangan minimum sebanyak RM50.00 bagi setiap sentimeter,manakala 80% atau bersamaan dengan RM1.44 biliion pula akan disumbang oleh bakipenyumbang daripada kalangan 20%!

Mungkin pembinaan lebuhraya rakyat akan mengambilmasa yang lama, malah lebih lama daripada jadual pembinaan biasa pun.  Itu tidak menjadi masalah kerana kita percayakos RM1.8 billion yang jatuh kepada hampir RM25 juta bagi setiap kilometertelah mengambilkira pelbagai faktor seperti kelewatan dan lain-lain kos luarjangka yang biasa bagi sebuah pembinaan infrastruktur seperti Lebuhraya Rakyatdi Kelantan.

Jika pembinaan Lebuhraya Rakyat dapatdirealisasikan, katalah dalam tempoh lima tahun atau sepuluh tahun darisekarang, saya percaya rakyat seperti saya juga akan lebih teruja dengan sikapdan pendekatan yang di ambil oleh pemimpin mereka.


Pedulilah jika UMNO mahupun BN memandang remehmalah dalam sesetengah keadaan memperlekehkan usaha murni seperti ini, namunjika tidak begitu, bukanlah politik Malaysia namanya.  Usaha memperkecilkan kebolehan dan daya juangpimpinan pembangkang dalam sebuah negeri pembangkang bukannya baru selepas 12kali pilihanraya umum diadakan dan selepas lebih setengah abad negara mencapaikemerdekaan.

Sekurang-kurangnya para pemimpin di Kelantan telahberusaha, seperti juga royalti petroleum  mereka yang dinafikan oleh Kerajaan Pusat,rakyat sebenarnya boleh menilai siapakah yang lebih bersungguh-sungguh mendahulukanrakyat. 

Mungkin selepas ini saya tidak keterlaluan untukmencabar kepimpinan sedia ada, jika tidak berjaya merampas Kelantan daripadaPAS, adalah wajar Kerajaan Pusat membantu membina Lebuhraya Rakyat, ada sesiapayang berani menyahut cabaran ini?  LebuhrayaRakyat, dari rakyat, untuk rakyat demi rakyat!
Share this article :
 

+ komen + 7 komen

Tanpa Nama
6 Jun 2012 3:03 PTG

saya menyokong usaha LR ini..

sarip dol
6 Jun 2012 3:06 PTG

bravo dgn hujah tuan ks!

7 Jun 2012 8:58 PG

sy sokong usaha PAS...BN patut contohi @ buat apa yg patut..

Tanpa Nama
7 Jun 2012 10:39 PG

bn @ umno ada beran?

karim
7 Jun 2012 2:24 PTG

langkah berani..

anep
8 Jun 2012 11:44 PG

rakyat malaysia pernah taja siaran langsung bolasepak piala dunia pada tahun 1982 (klau x silap), so bn & umno jgnlah perlekeh rakyat!

Tanpa Nama
13 Jun 2012 1:40 PTG

tolong heabhkan bagaimana nak menderma juga, Insyallah saya akan sokong..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger