SEPTEMBER SEBELAS SELEPAS SEDEKAD

Ketika saya merangka tulisan bagi entri ini, bahang September Sebelas begitu terasa, selepas sedekad peristiwa yang khabarnya didalangi oleh Osama Ben Laden, perbahasan mengenainya masih seperti peristiwa itu baru sahaja berlalu. Sejak peristiwa tersebut persepsi warga Barat terhadap umat Islam menjadi begitu celaru. Dalam serangan tersebut lebih 3000 mangsa terkorban, malah bandaraya New York dan kawasan sekitarnya dianggap selamat menjadi kosong dengan tumbangnya dua bangunan kembar yang menjadi mercu di bandaraya tersebut. Osama Ben Laden menerima tuduhan mendalangi namun menafikannya sehinggalah pada tahun 2004. Sejak itu, Amerika berusaha menjejaki Osama, namun tidak berhasil sehinggalah beberapa bulan sebelum mencapai usia sedekad peristiwa tersebut. Walaupun khabarnya Osama Ben Laden telah ditewaskan pada Mei 2011, namun pelbagai pihak masih meragui kesahihan bahawa Osama telah terbunuh. Stigma Barat terhadap umat Islam terus dilabel sebagai pengganas, malah ada juga insiden...