SIMPANAN TETAP, SIMPANAN BERKALA & SIMPANAN BERMUSIM …
Beberapa orang teman merungut mengenai iklim ekonomi yang kurang memberangsangkan. Menurut mereka hal ini terpancar dan sangat dirasai. Saya tidak begitu merasakannya kerana pertama, saya tidak sangat terlibat dengan projek-projek kerajaan secara langsung dan yang kedua ialah dalam beberapa keadaan saya masih dianggap ‘makan gaji’ walaupun seringkali makan hati! Seorang teman saya yang pernah saya bantu dalam sebuah projek mengeluh, kakitangan di pejabatnya hanya menerima separuh gaji sejak bulan kedua 2011 yang lalu, malah saya sendiri diminta membantu tanpa apa-apa bayaran kecuali bayaran perundingan berdasarkan projek diterima daripada pihak kerajaan, itupun selepas pembayaran oleh pihak Kerajaan. Ada pula teman-teman yang telah mula ‘mengelat’ untuk membuat simpanan secara berkala yang lazimnya dilakukan setiap bulan kerana keperluan-keperluan yang lebih mendesak. Walaupun menurut seorang teman saya, pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan melalui pelbagai kae...