APABILA KENA BATANG HIDUNG …
Cerita rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan memang sentiasa mendapat liputan, malah tidak kurang juga yang memomokan ungkapan ini dengan tuduhan bahawa apa sahaja yang ‘kena’ semuanya oleh rakyat! Kisah bagaimana kelewatan dan pembatalan penerbangan samada yang bersifat Kerajaan mahupun yang mendabik dada ‘kini, semua boleh terbang’ bukan perkara baru malah telah berlaku sekian lama dan rakyat mahupun pengguna sekadar ‘makan hati’ ialah apa yang boleh dilakukan. Jika pembatalan disertai dengan alasan-alasan kukuh masih boleh dimaafkan, tetapi saya pernah mengalami pengalaman kurang manis ketika dua kali ke Langkawi pada tahun lepas. Apabila ditanya pada petugas, mereka juga tidak mampu memberikan jawapan yang memuaskan, malah kelewatan kadang-kadang menjangkau berjam-jam lamanya. Apabila kelewatan dan pembatalan menjadi begitu biasa dan lumrah tentulah akan memberikan implikasi buruk khususnya kepada pelancong dalam dan luar negara (malah saya yang tinggal di Selangor juga ...