HATI SEORANG AYAH!
Noorfadilah dipeluk oleh ayah, Ahmad Abdul Hamid serta ibu, Masitah Abdullah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, malam tadi.- Gambar SHAIFUDIN MOHD. NOR. Gambar di ambil dari www.utusan.com.my Sewaktu kecil saya, sekitar umur 9 atau 10 tahun, saya selalu mempersendakan ayah saya kerana terus-terusan mengingati abang sulong saya walaupun telah berusia lebih 20an dan telah pun berkerja serta mampu pulak menghantar wang kepada ayah saya (walaupun tidak sangat diperlukan). Selepas saya sendiri mempunyai anak, kisah sedekad yang lalu sentiasa menjadi ingatan kepada saya, ianya berlaku sekitar 1999/2000 sewaktu anak kedua saya berusia sekitar 3 atau 4 tahun usianya (dia kini telah menduduki UPSR September lalu), kisahnya ialah kehilangan anak saya itu ketika di pasar malam di Port Dickson, bayangkan saya dan isteri saya begitu panik dan peluh membasahi kami, selepas 15 minit mencari-cari, akhirnya terjumpanya dengan begitu tenang menunggu mamanya yang t...