SELAMAT HARI PEKERJA!
Hari Pekerja walau apa pun diistilahkan samada Hari Buruh, Hari Pekerja, 'Labour Day', 'Workers Day' 'May Day' diraikan di seluruh pelusuk dunia pada 1 Mei setiap tahun. Sambutan Hari Pekerja adalah manifestasi daripada perjuangan kelas menengah dan bawahan untuk tidak terus ditindas oleh golongan kelas atasan dan majikan. Perjuangan ini adalah bagi tuntutan untuk hanya bekerja selama 8 jam sehari di samping penekanan terhadap aspek keselamatan di tempat kerja. Banyak negara di dunia meraikan Hari Pekerja dengan versi dan intepretasi masing-masing misalnya di China ianya dikenali sebagai salah satu daripada tiga 'Minggu Emas' kerana rakyatnya diberikan 3 hari cuti yang bertemu hujung minggu dan diatur semula membolehkan para pekerja di China akan bercuti selama 1 minggu bermula dari 1 Mei hingga 7 Mei di mana pada ketika ini adalah masa puncak rakyat China bercuti dalam mahupun ke luar negara . Untuk teman-teman Selamat Menyambut Hari Pekerja 2008, mo...