PILIHANRAYA KECIL P132 PORT DICKSON PENUHI AGENDA NEGARA

Ramai yang melihat dan mengikuti dengan rapat perjalanan politik mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau dipecat dari kabinet pada September 1998. Selepas menunggu selama dua dekad, semalam Parti Keadilan Rakyat mengumumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertanding di kerusi Parlimen P132 Port Dickson. Kerusi ini dimenangi oleh calon PKR – Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada Pilihanraya Umum yang baru lalu dengan majoriti sebanyak 17,710 undi. Sebenarnya tiada apa yang memungkinkan pemegang kerusi ini mengosongkan kerusinya selain memberi laluan kepada Presiden partinya bagi membolehkan menjadi Ahli Dewan Negara dan seterusnya diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-8. Itu sahaja, tiada agenda lain. Pilihanraya Kecil seumpama ini bukanlah perkara yang baru, ianya telah dilakukan berkali-kali, namun yang menariknya pada kali ini adalah pilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Parli...