SENANGNYA MENYALAHKAN ALAM!

Hari Khamis yang lalu kita dikejutkan dengan banjir lumpur yang memutuskan hubungan di Lebuhraya Karak.  Walaupun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan setakat ini, namun empat buah kenderaan dilaporkan musnah dalam kejadian tersebut.
Menariknya, kejadian yang berlaku pada petang Khamis lepas cepat sahaja dilaporkan sebagai ‘aktiviti pembalakan bukanlah punca utama’ kejadian tersebut.
Itu dinyatakan sendiri oleh Menteri Besar Pahang dalam sidang media beliau.  Dalam negara yang tidak mengangkat budaya akauntabiliti dan integriti hanyalah sekadar ‘pemanis’ tentulah mudah menyalahkan pihak lain.
Begitu juga yang dinyatakan oleh kerajaan negeri apabila dikhabarkan bahawa ‘ianya berpunca daripada faktor semulajadi’.  Malah Menteri Besar juga memaklumkan fakta yang baru bahawa ‘tidak jauh dari situ ada kerja-kerja pengorekan yang dilakukan oleh Tenaga Nasional Berhad’.
Ironinya, banjir lumpur yang berlaku berhampiran kawasan Lentang – Bukit Tinggi di Lebuhraya Karak membawa sampah sarap, kayu balak dan batu-batuan yang dihanyutkan adalah disebabkan oleh ‘faktor semulajadi’!
Kejadian pada Khamis lepas memaksa pihak konsesi lebuhraya terpaksa menutup laluan untuk kerja-kerja pembersihan sehingga hari ini (Sabtu), malah dikhutiri juga banjir lumpur akan berulang.
Jika melihat kepada visual yang disiarkan di dalam media, keadaanya adalah sangat teruk malah siapa sahaja yang melihatnya mudah membuat tanggapan bahawa ianya berpunca daripada ‘penderhakaan’ oleh manusia kepada alam.
Apakah yang cuba diselindungkan oleh banyak pihak mengenai aktiviti pembalakan samada yang haram mahupun yang halal.
Adakah pembalakan yang halal sebenarnya menepati semua aspek dan ciri-ciri pembalakan mampan?  Adakah pihak-pihak berwajib benar-benar memantau aktiviti pembalakan halal ini?

Eloklah kita belajar menghormati alam dan berhenti mencari ‘kambing hitam’ untuk dijadikan hidangan alasan!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
biasaklah

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?