LEBUHRAYA RAKYAT, MENGAPA TIDAK?

Saya menjadibegitu teruja apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) mengambilalihtampuk kepimpinan negara pada 31 Oktober2003, antara yang pertama dilontarkan oleh beliau ialah ‘bekerja bersama saya’yang menjadi pegangannya sepanjang beliau menerajui negara, namun beliau terpaksamelepaskan jawatannya kepada Timbalan beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak untukmenjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambilalihkepimpinan negara, beliau juga memperkenalkan gagasan 1Malaysia dengan slogan‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan khususnya kepada rakyat Malaysiadaripada pelbagai kaum memang satu langkah yang tepat bagi menyuburkanperpaduan di kalangan pelbagai kaum, sekali lagi saya teruja. Pada 28 Mei 2012 bersamaan 7 Rejab 1433, KerajaanNegeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz mengadakan upacara pecahtanah pembinaan Lebuhraya Rakyat dari Kota Bharu ke Kua...