APABILA BERPUISI MENJADI TERLALU MAHAL HARGANYA …

Gambar hiasan: Boston Tea Party 1773 Khabarnya Sasterawan Negara/Sasterawan Rakyat Datuk A. Samad Said ditanya polis berapakah bayaran yang diterimanya bagi mendeklamasikan sajaknya ketika pelancaran Himpunan Aman Bersih 2.0, pada 19 Jun yang lalu. Pada 27 Jun yang lalu, SN/SR Datuk A. Samad Said yang lebih akrab dipanggil Pak Samad menjadi tetamu pihak polis kerana dipanggil untuk disiasat di bawah Akta Hasutan 1948. Sasterawan Negara ke-4 itu yang dinobatkan pada tahun 1985 tiba-tiba menjadi buah mulut kerana tindakan pihak polis memanggil beliau untuk disiasat di bawah Akta Hasutan, khabarnya bertolak daripada sajak Unggun Bersih yang dideklamasikan beliau pada majlis tersebut. Apa yang menarik mengenai sajak Unggun Bersih nukilan Pak Samad khusus untuk majlis tersebut ialah latar yang diambilnya. Unggun Bersih mengungkapkan peristiwa Parti Teh Boston, bagaimana golongan minoriti menentang majoriti dengan tindakan yang diluar jangkaan – mencurahkan teh ke laut, seba...