POLITIK CARI MAKAN VS POLITIK BERPRINSIP...

Saya bukanlah ahli MIC, juga bukan ahli UMNO atau mana-mana parti politik di negara ini, yalah saya kena membuat pengakuan sebab nanti kemungkinan saya dipecat pula kerana Presiden MIC sekarang ini ‘Datuk Seri ‘pecat’ Samy Vellu suka memecat, kerana menurut seorang bekas orang kuat MIC, bahawa Presiden ‘pecat’ itu telah memecat lebih dari 100,000 ahlinya sepanjang 30 tahun menerajui parti tersebut. Maka wajarlah beliau diberi penghormatan yang tinggi sebagai Presiden ‘pecat’ MIC kerana jasa-jasa beliau demi memastikan MIC menjadi parti tersohor untuk kaum India di negara ini. Kalau dihitung purata beliau memecat ialah pada kadar 10 orang sehari! Mungkin orang kuat Malaysia Book of Records patut melihat rekod ini sebagai sesuatu pencapaian luar biasa seorang rakyat Malaysia berbanding rekod menyusun duit syiling terpanjang atau rekod bermain galah panjang terlama dan sebagainya. Ironinya apa yang dilakukan oleh segelintir (kerana menurut Presiden ‘pecat’ MIC itu hanya seor...