TALQIN UNTUK PPSMI ...

Hari ini, Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman penting berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walaupun hal ini telah diumumkan pada Julai 2009, namun terdapat pelbagai usaha untuk menghidupkan semula dasar yang dianggap paling merugikan para pelajar melayu khususnya di luar bandar. Dasar tempang ini yang diperkenalkan ketika mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad di hujung tempoh beliau memerintah Malaysia. Ketika pengumumannya pada tahun 2002 dan kemudiannya dikuatkuasa bermula 2003, dasar tempang ini tetap diteruskan walaupun terdapat pelbagai desakan untuk mengkaji semula pelaksanaannya. Tanyalah mana-mana guru yang mengajarkan subjek Matematik dan Sains tentang pandangan mereka terhadap dasar tempang ini, tentu yang disuarakan ialah soalan mengapa Matematik dan Sains. Kita tidak pasti sama ada telah dibuat kajian mengenainya sebelum dasar tempa...