PESALAH JADI VIP?
Sekurang-kurang
itulah tanggapan saya dan juga mungkin rakyat Malaysia yang mendukung
Rukunegara khususnya prinsip yang keempat – Kedaulatan Undang-undang. Apa tidaknya jika anda mengalami keadaan di
mana pesalah di dalam kenderaan polis diiringi untuk hadir ke mahkamah dengan
deringan siren untuk memberi laluan. Itulah ‘istimewa’ menjadi pesalah.
Khabarnya
pihak Wisma Putra bakal menghantar seorang diplomatnya ke New Zealand pada hari
Jumaat ini bagi berdepan dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang
wanita di sana.
Diplomat
berkenaan ditangkap pada 10 Mei yang lalu, atas tuduhan serangan seksual, pecah
rumah dan cubaan merogol di rumah mangsa di Brooklyn. Dia dihantar pulang ke New Zealand selepas
kerajaan New Zealand menfailkan permohonan rasmi untuk ekstradisi tertuduh.
Kerajaan
Malaysia akan menghantar diplomat berkenaan pada hari Jumaat ini diiringi oleh
polis New Zealand. Khabarnya, tertuduh
akan dihadapkan ke mahkamah pada pagi Sabtu menjelang ketibaannya di New Zealand.
Pada
22 Mei yang lalu, kerajaan membawa pulang diplomat berkenaan daripada New
Zealand selepas tidak mahu menggugurkan taraf diplomatnya. Kini selepas lebih lima bulan kembali ke
tanah air dan menjalani rawatan psikiatri, dia dihantar semula bagi menghadapi
tuduhan ke atasnya.
Di
New Zealand pula, mangsa dikatakan menyelar tindakan Menteri Luarnya dan
dikatakan gagal melaksanakan tugasnya.
Malah Ketua Pegawai Eksekutif Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT)
New Zealand, khabarnya telah memohon maaf secara terbuka di samping surat
permohonan maaf kepada mangsa tersebut.
Kelihatannya,
New Zealand serius bagi memastikan mangsa mendapat hak dan pembelaan
sewajarnya. Namun kita di Malaysia atas
nama ‘rakan baik’ mengambil masa yang agak lama sehingga memaksa New Zealand
membuat permohonan rasmi ekstradisi tertuduh ke negara mereka.
Sama
ada dakwaan bahawa kerajaan kita cuba untuk meminta New Zealand menggugurkan
tuduhan adalah isu yang lain dan tidak timbul memandangkan kenyataan tegas
Menteri Luar tempohari.
““jangan fikir hanya kerana dia seorang
diplomat, dia boleh terlepas hukuman.
Imuniti sebagai seorang diplomat bukan lesen untuk melakukan jenayah”.
Namun
kelengahan kita menghantar pulang tertuduh selepas hampir lima bulan dengan
alasan New Zealand belum lagi membuat permohonan rasmi juga boleh difikirkan
semula.
Walauapapun
kerajaan seperti kenyataan tegas Menteri Luar bolehlah membiarkan proses
undang-undang mengambil tempatnya, apatah lagi dilakukan oleh seorang diplomat,
di sebuah negara yang menjadi rakan rapat negara kita. Yang lebih penting adalah ianya adalah kes
jenayah.
Semoga
episod membawa pulang diplomat atau mana-mana rakyat kita sekalipun atas alasan
‘menjalani rawatan psikiatri’ tidak lagi digunapakai. Ini kerana sebenarnya ramai rakyat Malaysia
yang melakukan kesalahan di luar negara masih menjalani proses undang-undang di
negara di mana kesalahan dilakukan.
Adakah
kerana hanya seorang diplomat kita tidak mendaulatkan undang-undang dan
menghormati hak rakan baik kita!
Ulasan