JANGAN SERONOK RAKAN BERBALAH!
Seorang
kenalan saya, seorang penyokong tegar BN sejak azali, bukan sahaja dirinya
malah seluruh keluarganya kini berubah nada.
Kenalan saya yang sentiasa mempertahankan BN selama ini tidak lagi
memperlihatkan sikap yang sama. Dia
sudah lebih berani mengkritik BN dan juga Perdana Menteri dalam kumpulan
rakan-rakan media sosialnya. Seperti
yang diungkapkan oleh seorang rakan baiknya, ‘iman BN’nya semakin terhakis!
Semalam
dilaporkan pula bahawa Perdana Menteri menyatakan tiga faktor untuk mamastikan
kemenangan BN dalam Pilihanraya Umum ke-14 nanti. Tiga faktor tersebut adalah calon yang tepat,
jentera yang kuat, dan Barisan Nasional yang padu. Perdana Menteri menggunakan contoh kejayaan
BN di Pengkalan Kubor bagi menguatkan hujah politiknya.
Amat
malang seorang Presiden parti menggunakan sebuah pilihanraya kecil sebagai satu
ukuran. Umum tahu bahawa pilihanraya
kecil bukanlah ukuran yang tepat untuk membuat kesimpulan. Pertama kerusi tersebut adalah milik BN
selama beberapa PRU, kedua pilihanraya kecil yang menumpukan satu kerusi
seperti Pengkalan Kubor akan mengundang semua pemimpin BN untuk turun membantu
kejayaannya. Jadi adalah sesuatu yang
tidak masuk akal menggunakan sebuah pilihanraya kecil untuk menentukan faktor kejayaan.
Memanglah
tiga faktor yang dinyatakan Perdana Menteri membantu kejayaan BN dalam
pilihanraya kecil Pengkalan Kubor, tetapi dapatkah tiga faktor ini juga
menjamin kejayaan BN dalam PRU 14?
JIka
BN cepat berpuas hati dengan kemenangan dalam pilihanraya kecil seperti Teluk
Intan dan Pengkalan Kubor, rasanya itu adalah kesilapan besar yang memungkinkan
keyakinanan rakyat terhadap BN semakin berkurangan dalam pilihanraya umum.
Adakah
Perdana Menteri merasakan rakyat umum ‘redha’ dengan pengurangan subsidi bahan
api yang lakukan beberapa kali ini.
Adakah
Perdana Menteri merasakan rakyat umum boleh menerima alasan-alasan bebal para
Menterinya yang "mengatakan tidak ada seorang Perdana Menteri di dunia yang
mengurangkan harga minyak, kecuali di negara kita" di mana pernyataan tersebut
sebenarnya merujuk kepada minyak gred tinggi yang tidak digunakan oleh rakyat
kebanyakan.
Adakah
Perdana Menteri merasakan rakyat benar-benar tidak protes dan bersyukur apabila
Menteri menyarankan “jangan protes, bersyukurlah”.
Saya
bersetuju BN mungkin boleh merasakan mereka lebih yakin memerintah negara
kerana rekod ‘cemerlang’ sebelum ini.
Namun itu ketika media sosial dan penetrasi internet di negara kita pada
tahap yang rendah. Itu ketika rakyat
sekadar terima apa sahaja yang disogokkan oleh Kerajaan. Zaman sudah berubah, zaman kerajaan ‘serba
tahu’ sudah lama berlalu.
Zaman
ini adalah zaman maklumat di hujung jari.
Sogokan tentulah akan terus diterima oleh rakyat namun tanggapan bahawa
rakyat redha dan bersetuju dengan apa sahaja dilakukan oleh Kerajaan atau
tanggapan kerajaan tahu apa yang lebih baik untuk rakyat patutlah dinilai
semula.
Perdana
Menteri juga mungkin beranggapan bahawa pembangkang tidak mungkin begitu kuat
kerana terus berbalah sesama mereka.
Perbalahan dalam kalangan pembangkang boleh dilihat sebagai bonus kepada
BN namun ianya tidak selalu menguntungkan BN, jangan lupa pembangkang adalah
jauh lebih licik daripada BN.
Pembangkang
juga boleh mengwujudkan situasi ‘make believe’ bagi mengabui BN. Jika BN merasakan pembangkang lemah kerana
berbalah dan bertindak mengambil langkah-langkah ‘bijak’ seperti
‘rasionalisasi’ subsidi ketika rakyat tahu harga bahan bakar dunia menurun
mungkin tiga faktor yang digariskan tidak boleh digunapakai.
Adakah
BN merasakan bahawa rakyat bosan dengan perbalahan oleh pembangkang, betul
namun yang lebih mengecewakan penyokong BN seperti anda dan saya di luar sana
adalah apabila kerajaan memilih untuk menaikkan harga minyak atas nama
rasionalisi dan penstrukturan subsidi!
Moralnya,
jangan seronok kerana rakan kita berbalah. Janganlah nanti penyokong BN berubah
menjadi sekadar ‘simpatis’ BN semata-mata.
Ulasan