Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

TENANG YANG GELORA …

Imej
Pecahan pengundi DUN Tenang, ihsan daripada http://bigdogdotcom.wordpress.com TENANG YANG GELORA … Beberapa hari lagi menjelang penghujung bulan pada 30 Januari akan berlangsung Pilihanraya Kecil DUN Tenang yang menjadi kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha yang meninggal dunia pada awal Disember yang lalu. Nasib calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim mahupun bekas guru Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Kemelah, Normala Sudirman yang mewakili PAS akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di DUN Tenang. Walaupun negeri Johor dikatakan sebagai kubu kuat Barisan Nasional tetapi dengan gaya dan cara kedua-dua mereka berkempen seolah-olah masing-masing mempunyai peluang yang sama rata. Calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim bekas Penolong Pegawai Daerah yang lebih dikenali sebagai Tok Ai, dikatakan calon yang tepat bagi memastikan kerusi DUN Tenang kekal di tangan Barisan Nasional. Majoriti yang menurun pada Pilihanraya

WACANA BUKU II, AMIRUL FAKIR & SALEHA AHMAD …

Koperasi Buku Malaysia Berhad (KOBUKU) dengan kerjasama Koperasi Kedaibuku Universiti Malaya Berhad (KKUM), Pusat Kebudayaan Universiti Malaya, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dan Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) bakal menganjurkan Wacana Buku pada 26 Januari 2011 (Rabu) bermula dari jam 9.30 pagi hingga 4.15 petang. Wacana II ini adalah rentetan daripada Wacana I yang membicarakan buku Natrah – Cinta, Rusuhan & Airmata karya Fatini Yaacob pada 12 Disember 2010 yang lalu. Sebanyak tiga buah buku telah dipilih bagi mengisi sesi wacana pada kali ini. Kumpulan puisi remaja, Aku Hanya Mahu Ke Seberang dan koleksi lukisan, Lukisan Kata , kedua-duanya karya Prof. Datuk Dr. Hashim Yaacob . Dr. Rahman Shaari akan membicarakan kumpulan puisi A ku Hanya Mahu Ke Seberang manakala, Pengarah Pusat Kebudayaan Universiti Malaya, Dr. Sabzali Musa Kahn pula akan memperkatakan buku Lukisan Kata . Namun apa yang pasti, novel Interlok yang kini men

APA KHABAR INTERLOK DI TANGAN PERDANA MENTERI ...?

Isu novel Interlok yang kononnya didakwa oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah memperlekeh kaum India di negara ini, kini telah memasuki fasa yang terakhir. Sekurang-kurangnya itulah yang dilaporkan di dalam akhbar apabila laporan kajian semula penggunaan novel tersbut yang akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet sama ada hari ini atau minggu hadapan. Fasa terakhir bermaksud Kabinet yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri akan membuat keputusan berhubung perkara ini. Malah telah juga dikhabarkan bahawa telah ada ura-ura bahawa pengunaan novel Interlok sebagai teks KOMSAS para pelajar tingkatan lima akan dikekalkan. Itu berita yang amat memberangsangkan. Tetapi yang tidak manisnya ialah apabila terdapat juga khabar-khabar yang mengatakan bahawa telah ada kumpulan para pegawai dari Kementerian Pelajaran yang telah menemui Sasterawan Negara yang juga pengarang novel Interlok yang telah berusia hampir 90 tahun di kediamannya. Tujuannya ialah bagi

Interlok: Kenyataan Akhbar PAKSI, Seniman Paksi Rakyat Malaysia

Kenyataan akhbar mengenai novel ‘ Interlok ’ 1. Kita mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, kerana menimbulkan isu berkaitan novel Interlok karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussein. Beliau telah melakukan sesuatu yang mengakibatkan orang ramai di Malaysia memberi perhatian luar biasa kepada sebuah karya sastera. 2. Bukan senang orang di Malaysia hendak memberikan perhatian sedemikian besar kepada sebuah novel. Dan bukan senang media di Malaysia hendak menyiarkan berita mengenai peristiwa sastera. 3. Dikatakan ia mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang menghina kaum India dan juga orang Melayu. Apakah yang dikatakan menghina itu? Bahagian mana yang menghina orang India dan juga orang Melayu? Apakah kerana ada menyebut ‘kasta paria’, dan menyebut orang Melayu bodoh dan malas? (Bagaimana pula dengan orang Cina yang hendak menjual anak perempuan?) 4. Novel Interlok ad

KEMELUT PERSATUAN SUKAN ...

Kemenangan pasukan bola sepak muda negara di dalam Piala AFF Suzuki yang baru selesai minggu lepas masih lagi terasa apatah lagi kemenangan dengan agregat 4-2 diriingi pula cuti umum pada penghujung tahun, adalah hadiah terbaik bagi seluruh rakyat Malaysia. Malah pada pandangan saya cuti yang diberikan bukanlah sebab kemenangan dalam pertandingan dwi tahunan tersebut tetapi lebih menjurus sebagai hadiah kemenangan moral rakyat Malaysia yang berada di tahap paling tinggi. Awal tahun pula dikejutkan pengumuman oleh jurulatih badminton kebangsaan, Datuk Misbun Sidek meletakkan jawatannya sebagai jurulatih kebangsaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Tiada siapa yang tahu apa sebenarnya permasalahan Datuk Misbun Sidek dan Persatuan Badminton Malaysia, sehingga menuntut jurulatih yang sangat komited itu terpaksa mengambil keputusan yang mengejutkan. Kita semua tentu masih ingat bagaimana Datuk Misbun masih memberikan tunjuk ajar kepada anak didiknya meskipun terlantar sakit suatu

FESTIVAL PUISI & LAGU RAKYAT ANTARABANGSA 2011 …

Imej
Saya berada di Pulau Pangkor tidak sampai 24 jam kerana menghadiri Festival Puisi & Lagu Rakyat Antarabangsa 2011 yang dianjurkan oleh Institut Darul Ridzuan yang merupakan satu badan pemikir yang bertanggungjawab merancang dasar dan memajukan sosio ekonomi negeri Perak. Walaupun begitu dalam jangkamasa singkat dan pembentangan oleh enam orang tokoh dari kalangan anak Perak dan juga oleh Pak Budi Darma dari Universitas Negeri Surabaya, saya merasa amat selesa dan begitu yakin komitmen yang sedang dan bakal dilandasi oleh Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir. Festival ini yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak dan Pulau Pangkor dipilih sebagai lokasi pelaksanaannya. Seperti yang dihasratkan oleh Institut Darul Ridzuan yang diterajui oleh Sdr. Aminuddin Hashim, pelajar terbaik dunia Chartered Institute Management Accountants yang mula beroperasi pada 1 Mei 2009 yang lalu. Pemenang Hadiah Perdana Sastera Mal