Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

MENUNTUT KEWAJARAN

Imej
Benar saya memang terganggu membaca laporan di dalam akhbar semalam, memberitakan tentang Naib Yang Dipertua 2 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Profesor Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah terhadap dana projek menaik taraf jalan raya yang bernilai RM3.7 juta milik pertubuhan itu antara tahun 2002 dan 2004. Turut dituduh bersama-sama Ariffin, 74, yang juga bekas Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atas kesalahan itu ialah dua ahli Perkim Cawangan Damansara Utama, Datuk Baharin Baba, 58, dan Abas Adam, 60. Saya bukanlah mahu mempertikaikan keputusan mendakwa ketiga-tiga mereka tetapi agak terganggu bagaimana dana projek menaik taraf jalan raya diberikan kepada PERKIM, atas dasar apa? Bukankah Perkim bertanggungjawab dalam hal ehwal berkaitan dengan kebajikan umat Islam khususnya saudara baru di negara kita. Adakah kontrak tersebut diberikan kepada Perkim? Jika ya ata

BERASAP KUBUR MEMBELI ZOO?

Imej
Naluri kanak-kanak memang menyukai binatang, sama ada binatang peliharaan mahupun binatang buas seperti yang terdapat di Zoo. Ketika kecil pun saya memang menyukai binatang peliharaan seperti kucing, itik atau anak ayam. Anak-anak saya pula kerana tinggal di taman perumahan, tidak berupaya membela binatang peliharaan selain ikan dalam akuarium namun kecintaan terhadap binatang tidak pernah pudar. Malah percutian yang baru berlalu diisi dengan kunjungan mereka ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah, Pahang selain ke Taman Rusa dan juga Institut Biodiversiti Bukit Rengit. Bayangkan jika keluarga saya begitu mewah sehingga mampu membeli zoo sendiri. Itulah yang cuba diungkapkan oleh pengarah Cameron Crowe lewat filem yang diadaptasi dari autobiografi tulisan Benjamin Mee berjudul We Bought A Zoo . We Bought A Zoo bertolak dari kisah Benjamin Mee lakonan mantap Matt Damon seorang bapa tunggal selepas kematian isterinya terpaksa membesarkan kedua anaknya, Dyl

BERAMAL CARA MALAYSIA

Imej
Kisah peminta sedekah yang membanjiri negara kita bukan cerita baru.  Kisah peminta sedakah menjadikan Malaysia sebagai ‘hub’ mereka juga bukan cerita baru.  Peminta sedekah ada di mana-mana, pelbagai lokasi sama ada di medan selera bergerak dari meja ke meja atau juga di lampu isyarat bergerak dari kereta ke kereta. Ada juga peminta sedekah dari kalangan yang kurang upaya menjadikan tempat tumpuan awam seperti pasar malam sebagai sumber mencari rezeki mereka.  Saya pernah melihat seorang lelaki yang bergerak menggunakan papan luncur di pasar malam meminta ihsan para pengunjungnya.  Rakyat Malaysia memang pemurah dan tidak banyak karenah dalam menghulurkan derma ikhlas mereka.  Ada juga peminta sedekah dari kalangan yang kurang upaya misalnya yang cacat penglihatan diiring oleh seorang yang menjadi pemandunya.  Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa kumpulan peminta sedekah dari kalangan orang buta yang membawa tisu bergerak dari meja ke meja sebenarnya adalah yang begitu teranc

RINDU TSUNAMI

Saya sengaja memilih tajuk entri ini, bukan kerana sebenarnya merindukan tsunami yang melanda dunia pada 26 Disember 2004, itu tujuh tahun yang lalu.  Tsunami pada 26 Disember 2004 walaupun hanya meragut 68 nyawa di negara kita, tetapi lebih 160,000 penduduk Acheh terkorban akibat letusan tsunami pada tarikh itu. Tsunami pada ketika itu meragut lebih 230,000 nyawa di empat belas negara. Sebenarnya tragedi tsunami yang melanda kebanyakan pantai lautan Hindi adalah kejutan, tidak siapa pernah menduga bahawa tsunami yang melanda mampu menjadikan keadaan begitu tragis.  Pada tahun yang sama, Pilihanraya Umum ke-11 telah berlangsung pada 21 Mac 2004 selepas pembubaran Parlimen pada 4 Mac 2004.  Ironinya pada tahun itu, Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencatatkan kemenangan paling besar sejak 1978. Barisan Nasional memenangi  198 kerusi dan hanya membenarkan 20 kerusi dimenangi pembangkang.  Pilihanraya umum diadakan kurang enam bulan daripad

KEBERTANGGUNGJAWABAN SEBERANG TAMBAK

Minggu lepas sistem pengangkutan awam di Singapura mengalami gangguan teknikal yang agak meruncing, perkhidmatan Singapore Mass Rapit Transport (SMRT) tergendala menyebabkan lebih 127,000 penumpang terkandas dan 4000 penumpang pula terperangkap di dalam trennya. Khabarnya perkhidmatan SMRT kerap mengalami gangguan, menurut rekod pada tahun 2010 terdapat 28 gangguan dan sehingga Oktober tahun ini sebanyak 17 gangguan direkodkan. SMRT yang merupakan nadi pengangkutan kepada warga Singapura adalah semacam ikon kepada reputasi Singapura sebagai antara yang paling efisyen. Namun insiden pada minggu lepas telah mengubah persepsi rakyatnya malah para pemimpinnya tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh SMRT. Prestasi dan gangguan teknikal pada minggu lepas memaksa warga Singapura menilai kembali perkhidmatan efisyen SMRT nya sehingga ada juga suara-suara yang mahukan semua yang terlibat terutama Ketua Pegawai Eksekutifnya, Cik Saw Phaik Hwa, meletakkan jawatannya. Dalam sebuah

CATATAN NOVEMBER

Imej
Saya sengaja memilih untuk tidak mengemaskini laman blog saya sejak sebulan yang lalu. Bukan apa-apa hanya kerana membina satu persepesi pada sesetengah pihak dan juga menggambarkan bahawa saya benar-benar sibuk untuk menjadi blogger sepenuh masa dan ber “GAJI” tetap saban bulan. Hal yang lain pula, saya memang agak sibuk kebelakangan ini, dan rekod yang paling buruk sepanjang saya berblog ialah pada bulan November 2011, hanya DUA entri sahaja – betullah DUA entri sahaja sepanjang bulan November 2011 yang baru sahaja berlalu. Kesibukkan saya memang tidak dapat dielakkan sehingga saya memilih untuk tidak mengemaskini laman blog saya. Selain dari tugas hakiki saya, kesibukan yang lain ialah berhubung dengan sambutan Jubli Emas 50 Tahun PENA (Persatuan Penulis Nasional Malaysia) pimpinan Sdr. Dr. Mohd Saleeh Rahamad. Saya ditugaskan membantu dalam pengumpulan dana bagi menjayakan majlis makan malam bersama YAB Perdana Menteri dan juga bagi aktiviti-aktiviti PENA yang bakal d