Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

PANDANG KE TIMUR LAGI!

Selepas hampir tiga dekad dasar pandang ke timur diperkenalkan mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad, kini ia dijengah semula oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak.  Dengan jolokan ‘gelombang kedua’, dasar Pandang Timur adalah anjakan kepada hubungan baik dua hala sedia ada Jepun dan Malaysia. Pada awal pentadbiran Dr. Mahathir Mohamad, sejak 1981, kagum dengan etika kerja dan kaedah perniagaan Jepun, beliau memperkenalkan Dasar Pandang Timur.  Malah beliau juga memperkenalkan kempen ‘Buy British Last’ sebagai protes kepada tindakbalas Britain terhadap usaha menasionalkan syarikat-syarikat di Malaysia. Ironinya, Jepun yang bangun daripada keruntuhan Hiroshima dan Nagasaki menjadi idola banyak negara bagaimana mereka bersifat kental, rajin dan sangat berdedikasi terhadap aspek membangunkan negara mereka. Melalui dasar pandang timur ketika era Dr. Mahathir, tumpuan adalah lebih kepada pendidikan dan perindustrian berat, apabila syarikat pengeluar kereta nega

BANK TIPU, TIPU BANK!

Sejak setahun dua ini antara iklan yang menarik perhatian saya adalah iklah Perbadanan Insuran Deposit Malaysia (PIDM).  Ini kerana di awal iklan tersebut diperkenalkan ianya dibintangi oleh ikon laporan sukan dan pelakon teater dan filem terkenal, Datuk Rahim Razali.  Kini terdapat pula versi seorang lagi selebriti, Faizal Ismail. Tulisan ini bukan mahu bercakap mengenai Datuk Rahim Razali, Faizal Ismail mahupun PIDM itu sendiri, namun mengenai pendedahan mengejut jenayah komersil oleh kakitangan bank sendiri. Bayangkanlah jika Pak Ngah di sebuah pekan kecil berjalan ke dalam bank  membawa wang daripada hasil jerit perihnya untuk disimpan, dicatat di dalam buku simpanan atau tidak tercatat, mungkin atas dasar percaya kepada petugas bank, Pak Ngah mungkin tidak begitu menyemaknya. Selepas beberapa tahun, Pak Ngah mungkin tidak perasan atau ingat jumlah yang disimpannya, akan adakah kemungkinan bahawa ada transaksi yang tidak direkodkan.  Sebelum ini mungkin kita beranggapa

NELSON MANDELA, TUAN SEORANG LAGENDA!

Seingat saya antara buku awal yang saya beli secara online selepas diterima menjadi ahli American Book Club adalah buku Long Walk to Freedom dan sebuah lagi buku mengenai pemimpin komunis, Mao Tse Tong. Nelson Mandela, mantan Presiden Afrika Selatan.  Walaupun jangkahayat beliau menduduki kerusi presiden tidaklah begitu lama, namun impak yang ditinggalkan oleh beliau amat ketara kerana beliau merupakan presiden daripada kalangan kulit hitam yang pertama. Selain menjadi warga kulit hitam yang pertama memegang tampuk pemerintahan sebagai Presiden Afrika Selatan dari tahun 1994 hingga 1999, beliau juga adalah presiden pertama terpilih daripada proses pilihanraya di negaranya.  Fokus utama Nelson Mandela ketika menjadi Presiden adalah melupuskan legasi apartheid yang mencengkam begitu kukuh di benua Afrika. Sungguhpun pernah menjalani hukuman penjara selama 27 tahun kerana penglibatannya dalam memperjuangkan nasib rakyat sehingga dituduh berkonspirasi untuk menggulingkan ke

JAWATAN KOSONG: MENTERI KESIHATAN!

Untuk kesekian kalinya, insiden runtuh berlaku lagi.  Ini setelah Menteri Kesihatan memberi jaminan bahawa ianya sedang dibaiki dan dijamin selamat.  Mungkin menteri terbabit perlu menyemak semula maksud perkataan ‘akauntabiliti’ dalam kamus. Jika di Jepun atau di Korea, para menteri akan mengambil tindakan meletakkan jawatan sebagai mengambil tanggungjawab dan kekesalan bagi insiden yang berlaku dalam kementerian di bawah jurisdiksi mereka, namun di Malaysia ia adalah sebaliknya. Jika Hospital Serdang mendapat pengiktirafan atau mencapai sesuatu yang luar biasa, maka para menteri akan berduyun-duyun untuk ‘tumpang sekaki’ kepada kejayaan, namun jika ianya unsur negatif, minta maaflah, “saya tidak boleh komen, masih menunggu laporan”, itu jawapan standard. Insiden runtuh di Hospital Serdang telah memasuki versi ke lima untuk tahun ini sahaja, malah mungkin pihak yang memberikan pengiktirafan untuk buku rekod di Malaysia boleh mewujudkan satu lagi rekod baru berdasarkan pen