Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

APA KHABAR, MIM?

Hari ini negara menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-56 selepas berjaya mendapat kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1957.  Selama 56 tahun, pelbagai kejayaan telah dicapai oleh negara yang memilih untuk membangun mengikut acuannya sendiri. Matlamat untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 telah dimaktubkan berasaskan Wawasan 2020.  Pelbagai agensi telah diwujudkan bagi melaksanakan  dan memastikan agenda Kerajaan dapat dicapai.  Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang ditubuhkan pada tahun 1981, misalnya adalah satu agensi yang bertanggungjawab secara langsung hal-hal mengenai perfilemen di Malaysia. Industri perfileman (jika pun boleh disebut industri) sama ada filem cereka, dokumentari mahupun iklan adalah antara yang terletak di bawah pengawasan FINAS.  Bagi memastikan bahawa filem-filem iklan benar-benar mencermin wajah ‘Malaysia’ dan tidak ‘dijajah’ secara bawah sedar, FINAS telah memperkenalkan Sijil Akuan Iklan Buatan Malaysia atau ringkasnya Si

KERAMAT 100 HARI!

Angka 100 dalam budaya orang Melayu dan Islam mempunyai pelbagai konotasi.  Dalam politik pula jangkamasa  100 hari akan sentiasa dipantau tentang tindak-tanduk seseorang pemimpin itu. Tindakan dan pola pentadbiran, serta langkah-langkah yang diambil oleh seorang pemimpin khususnya pemimpin yang baru sentiasa di bawah ‘radar’ pemantauan.  Misalnya, apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambilalih pentadbiran negara daripada Tun Abdullah Badawi pada Mac 2009, tindakan beliau sepanjang 100 hari dianggap ramai pihak sebagai cemerlang. Namun hal itu tidak berulang apabila beliau mengetuai Pilihanraya Umum ke-13 pada Mei lalu dan sekali lagi di bawah ‘radar’ pemantauan 100 hari pasca PRU 13.  Kali ini ramai yang berpendapat bahawa beliau tidak memberikan atau melaksanakan sesuatu yang baru dan innovatif berbanding pada tahun 2009. Tentulah amat mudah bagi Perdana Menteri dianggap gagal dalam 100 hari pertamanya selepas PRU 13, ini kerana segala apa yang mahu dilaksanakan telahp

CACAT KE TANDA PUTERA TANPA ‘KENCING’?

Selepas Tanda Putera ditayangkan kepada umum bermula hari ini, mungkin ramai yang bersetuju dengan tindakan Kerajaan Pulau Pinang ‘meminta’ pawagam di negeri itu tidak menayangkan filem ini. Walaupun ini bukanlah larangan dan tidak menghalang jika ada pihak yang memilih untuk menayangkan filem tersebut di negeri itu.  Rasionalnya adalah bahawa filem tersebut ‘dikhuatiri’ akan mengocak keharmonian kaum di negeri itu. Apa tidaknya, filem ini yang memaparkan  insiden 13 Mei 1969 dan bagaimana para pemimpin mentadbir negara pada masa yang genting seperti itu.  Selain itu paparan persahabatan dua pemimpin tertinggi negara pada ketika itu, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri memang meruntun naluri. Kisah bagaimana Tun Dr. Ismail dipanggil semula menyertai kabinet bagi membantu Tun Abdul Razak selepas mengambilalih kepimpinan negara daripada Tunku Abdul Rahman.  Tanda Putera dalam nada yang lain adalah kisah mengenai Perdana Menteri kedua, Tun A

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA!

Imej
Tinggal dua hari lagi, negara bakal menyambut ulangtahun kemerdekaaan yang ke-56. “Tanggal 31, bulan 8, lima puluh tujuh, merdeka, merdeka, negaraku merdeka..” – itu antara bait lagu allahyarham Sudirman Hj. Arshad antara ikon yang sering menjadi kenangan setiap kali tibanya bulan kemerdekaan di negara kita. Apa tidak, seperti negarawan lain yang telah berjuang untuk memastikan bumi indah ini tidak lagi terbelenggu daripada penjajah, allahyarham Sudirman juga menyumbangkan idea dan gagasan beliau sendiri setiap kali menjelang hari kemerdekaan.  Lagu-lagu seperti ‘Warisan’ , ‘31 Ogos’, ‘Bapak’, ‘Di Bumi Bertuah’, ‘Kenali Malaysia, Cintai Malaysia’, ‘Kul it’, ‘Tanah Ini Tanahku (Milik Kita Bersama)’, ‘Tanah Pusaka’, ‘Tegakkan Bendera Kita’ ,  adalah antara lagu-lagu patriot yang menjadi ‘jenama’ kentalnya jati diri penghibur negara ini. Kini, selepas 56 tahun negara menyambut kemerdekaan, kita masih membandingkan bagaimana saban tahun kibaran Jalur Gemilang semakin kurang

SHUHAIMI, LU SIAPA?

Apabila Kerajaan Pulau Pinang ‘meminta’ pawagam di negeri itu tidak menayangkan filem kontroversi Tanda Putera , arahan pengarah tersohor, Datin Paduka Shuhaimi Baba, ramai yang mungkin beranggapan bahawa ‘permintaan’ ini agak keterlaluan dan berfikiran sempit. Malah dikhabarkan pula, pengarahnya memberi amaran kepada pengusaha pawagam bahawa mereka bakal berdepan dengan risiko lesen mereka dibatalkan.  Walaupun peringatan ini agak keras, namun akhirnya pengusaha pawagam khususnya rangkaian pawagam Golden Screen Cinema (GSC) memilih untuk akur kepada ‘permintaan’ kerajaan negeri Pulau Pinang. Walaupun telah dimaktubkan dalam Skim Wajib Tayang FINAS, namun apa yang menjengkelkan adalah ‘amaran’ Shuhaimi Baba kepada pengusaha pawagam melebihi menteri dan FINAS sendiri. Dengan dolak dalik kononnya Tanda Putera berasaskan fakta malah apabila disuguh mengenai adegan ‘kencing’, dikhabarkan pula bahawa ianya adalah berdasarkan ‘fakta sejarah’, kini menjelang tayangan umumnya pul

ADA APA DENGAN TANDA PUTERA?

Menjelang tayangan umum filem yang telah diperap begitu lama dengan penangguhan tayangan umumnya beberapa kali, Tanda Putera yang bakal menemui penonton esok, khabarnya bakal disekat tayangannya di Pulau Pinang. Tentulah amat malang, jika kerajaan Negeri di bawah DAP mengambil langkah drastik untuk menghalang tayangan umum ini.  Apa tidaknya, rakyat Pulau Pinang tentulah seperti peminat filem di seluruh negara begitu ghairah untuk menunggu tayangan ini, apatah lagi menjelang sambutan kemerdekaan negara pada hujung minggu ini. Selepas melalui beberapa kali penangguhan tayangan umumnya, kini selepas diberikan tarikh, ada pula tangan-tangan lain yang menggunakan kuasa untuk menghalangnya. Sama ada Kerajaan Negeri mempunyai bidang kuasa atau tidak untuk menghalang tayangannya, namun persoalan yang lebih besar apakah rasional untuk menghalang tayangan ini. Seperti Menteri Nazri dan Perdana Menteri yang mempunyai hak dan perogratif untuk melantik siapa sahaja untuk membantu

APALAH ERTI PUASA TANPA KURMA?

Katalah apa sahaja, puasa tanpa kurma memang tiada ertinya.  Sekurang-kurangnya itulah tanggapan peribadi saya ketika ingin menyambung puasa di bulan Syawal pula, selepas merasa bahang rumah terbuka sudah mulai surut, saya bercadang berpuasa dalam bulan Syawal pula.  Tiba-tiba sahaja terpacul pertanyaan ‘ada kurma tak’, bila dimaklumkan bekalan kurma Ramadan saya telah pun habis, saya menangguhkan hasrat berpuasa bulan Syawal saya. Memanglah kurma dan puasa tidak mempunyai konotasi yang begitu kukuh, namun pada saya kurma dan puasa seolah-olah sangat sinonim, seperti ‘irama dan lagu’ atau apa sahaja aksiom lain yang menggambarkan keakraban kedua-duanya. Pada sebahagian orang berpuasa, puasalah aja, apa ada kena mengena dengan kurma, seolah-olah kurma tidak melengkapkan puasa pula.  Itu pandangan orang lain, dan bukan pandangan peribadi saya.  Malah saya meletakkan kurma dan puasa sebagai satu kemestian, berpuasa mesti ada kurma titik. Jadinya apabila saya mula menyambung p

FILEM KENCING SHUHAIMI, KENCING FILEM NAMEWEE!

Ketika kecoh mengenai filem Tanda Putera yang telah beberapa kali ditangguhkan tayangan umumnya di pawagam, pengarahnya Shuhaimi Baba menegaskan bahawa filem tersebut adalah berdasarkan fakta sejarah. Filem ini sepatutnya menemui penonton di pawagam pada 13 September tahun lalu, namun ditangguhkan atas alasan bahawa tarikh tersebut tidak sesuai untuk menggalakkan penonton ke pawagam. Tayangan umum yang dicadangkan kemudiannya pada bulan November juga tidak menjadi.  Namun beberapa tayangan terhad telah diadakan di sana sini, antaranya kepada warga peneroka FELDA seramai hampir 3000 orang di PWTC, selain tayangannya juga di UIAM Gombak. Filem ini mengundang polemik yang bukan sedikit.  Khabarnya sebagai sebuah filem ‘politik’ banyak adegan yang kononnya diangkat daripada fakta telah mengundang pelbagai persepsi khususnya daripada pihak pembangkang.  Pun begitu, Shuhaimi Baba menafikan filem Tanda Putera adalah sebuah filem ‘politik’. Walaupun dikhabarkan bahawa inside

SALAM HARI WANITA!

Imej
Hari Wanita di Malaysia disambut pada 25 Ogos setiap tahun.  Sambutan peringkat kebangsaan ini dimulai pada tahun 1992.  Pada tahun 2001, buat pertama kalinya sambutan Hari Wanita dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat berikutan penubuhan kementerian tersebut yang diinisiatifkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir. Antara objektif sambutan Hari Wanita peringkat kebangsaan di negara kita adalah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan penting yang dimainkan oleh kaum wanita dalam pembentukan keluarga, perpaduan dan pembangunan masyarakat dan negara. Selain itu, sambutan ini juga adalah platform bagi memberikan pengiktirafan sewajarnya kepada golongan wanita terhadap sumbangan mereka kepada pembangunan negara di samping sebagai perangsang kepada kaum wanita untuk terus bergiat aktif ke arah pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Di Malaysia, sumbangan wanita sangat dihargai oleh Kerajaan, buktinya adalah apabi

ENDLESS POSSIBILITIES, SIAPA CIPLAK SIAPA?

Imej
Jika sebuah entiti dipertanggungjawabkan untuk membantu sebuah organisasi dalam merangka kempennya, dan didapati bahawa entiti tersebut hanya ‘mengubahsuai’ sebuah kempen yang telah sedia ada atau sedang digunakan oleh organisasi lain, tentulah persoalan kreativiti dan etika akan timbul dan akhirnya, entiti tersebut akan ditunjukkan pintu keluar! Ketika kecoh mengenai 1Malaysia yang kononnya diciplak daripada kempen oleh Israel yang juga menggunakan slogan 1Israel, kita mungkin beranggapan bahawa itu adalah kemungkinan atau kebetulan sahaja. Selepas 4 tahun, kini khabarnya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan melancarkan pula kempen Endless Possibilities yang dilabel sebagai pelengkap kepada kempen 1Malaysia yang dilancarkan selepas beliau mengambilalih tampuk pentadbiran negara. Khabarnya kempen Endless Possibilities ini dirangka untuk memasarkan Malaysia ke dunia luar.  Dengan rangka kempen di luar negara tentulah Kerajaan membelanjakan sejumlah wa

NOH OMAR – MENTERI BESAR (BN) SELANGOR!

Sebagai seorang yang telah menetap di Selangor sejak empat dekad yang lalu, saya merasa amat beruntung.  Ini kerana selepas 13 kali Pilihanraya Umum diadakan, saya dapat merasa dua kepimpinan Kerajaan BN dan Pakatan Pembangkang.  Menariknya, selepas tahun 2008, tiba-tiba sahaja, Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu yang bernilai RM11.00 setiap bulan. Selama 11 kali pilihanraya umum dan ditadbir oleh 14 orang Menteri Besar bermula daripada Hamzah Abdullah pada tahun 1949 sehinggalah kepada Menteri Besar ‘penghadiah penyapu’ Datuk Seri Mohd Khir Toyo sebelum PRU ke-12 yang lalu pada tahun 2008, rakyat Selangor tidak pernah bermimpi untuk diberikan air percuma. Kini selepas penggal kedua, kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim, sekali lagi rakyat Selangor merasa beruntung.  Ini kerana walaupun Barisan Nasional gagal merebut negeri termaju ini, biarpun  dengan perbelanjaan jutaan ringgit, slogan maut S

TNB & LAWAK TARIF BARU!

Alasan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan  di Malaysia lazimnya pelbagai, namun yang sering digunakan untuk mewajarkan kenaikannya adalah “harga petrol kita masih rendah berbanding negara Asean yang lain”  atau “yang paling rendah di rantau ini”  atau yang lebih kerap digunakan bagi mewajarkan kenaikan tarif elektrik ialah “kenaikan ini tidak akan membebankan pengguna”. Kini gendang kenaikan tarif elektrik telah mula dipalu selepas 100 hari pasca Pilihanraya Umum ke-13.  Bagi mewajarkan kenaikan ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengaitkan dengan kenaikan kos bahan api. Walaupun dengan kenaikan tarif elektrik, TNB dengan rasa megah menguar-uarkan bahawa kenaikan ini “tidak akan membebankan”  pengguna.  Adakah pengurusan TNB bercadang menyertai program realiti popular ‘Raja Lawak’ ini kerana kenyataan mereka seolah menjadi bahan lawak. Mana mungkin kenaikan dan perubahan tarif elektrik tidak akan membebankan pengguna, bukankah penurunan nilai ringgit sebanyak 0.04% su

POPULIS, PTPTN & CCRIS

Jika Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berhasrat untuk mempertahankan kerusi Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan Oktober ini, tentulah beliau akan kecundang dan tidak terpilih. Dengan amaran tegas kepada peminjam yang gagal melunaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyenaraikan mereka dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat (CCRIS), tentulah dianggap tidak popular. Namun menjadi Menteri yang populis dan membiarkan belenggu ‘hutang’ PTPTN menjadi barah bukanlah pilihan Menteri Pendidikan II itu.  Saya tidak menyokong tindakan yang disyorkan oleh Menteri tersebut namun percaya amanah yang diberikan kepada beliau tentulah tidak akan disalahgunakan dan menyebabkan para mahasiswa menjadi mangsa. Malah langkah menyenaraikan dalam CCRIS tentulah merupakan langkah terakhir selepas semua tindakan ‘pujuk’ dan nasihat tidak membuahkan hasil.  Namun begitu banyak pihak yang beranggapan bahawa tindakan menyenaraikan CCRIS adala

MANDUL PEMIMPIN?

Ketika hujung minggu lepas ketika dalam perjalanan ke selatan, melalui jalan yang jarang saya lalui, saya melewati Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), sebuah agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang kini di gabungkan menjadi Kementerian Pendidikan Malaysia. AKEPT ditubuhkan pada Januari 2008 bertujuan untuk meningkatkan tahap kecemerlangan kepimpinan mengurus tadbir universiti dan institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.  Kalau mengikut keperluan Perdana Menteri pada masa ini, tentunya diharap AKEPT telah lama wujud sekurang-kurangnya dua dekad yang lalu. Apa tidaknya, apabila dengar ura-ura bahawa Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Sharizat Jalil yang khabarnya akan mempertahankan kerusi Ketuanya pada Perhimpunan Agung yang akan datang ini bakal dilantik sebagai Penasihat Khas berkaitan dengan urusan wanitanya, maka pertanyaan yang mengasak minda saya adalah adakah kita ‘kemandulan pemimpin’. Dengan kekalahan dalam Pilihanraya Umum ke-12, dan dengan skand