Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

PENYENDAL ATAU UJI POPULARITI?

Imej
Itulah tanggapan saya seusai menghadiri Himpunan Penulis Malaysia 2018, hujung minggu yang lalu.   Pada awalnya saya ingin saja menyertai program ini dari awal pagi, namun kekangan yang tidak dapat dielakkan saya hanya dapat hadir pada sebelah malamnya.   Dan saya tidak menyesal mengenai hal ini. Himpunan Penulis Malaysia (HPM), program yang diatur untuk membolehkan para penulis bersemuka dengan Menteri Pendidikan atau sebaliknya,di samping menghimpun para penulis tempatan untuk membincangkan halatuju dunia persuratan tanah air. Objektif penganjurannya memanglah murni.   Ditunjangi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia dan Perbadanan Kota Buku.   Program pada sebelah malamnya adalah Dialog Awam bersama Menteri yang sepatutnya dimulai jam 8.00 malam, lewat selama sejam.   Menteri memberi peluang kepada persatuan penulis mengemukakan pandangan seputar dunia perb

MENTERI TAK PAYAHLAH MINTA LAPORAN, TURUNLAH PADANG!

Sejak kerajaan Pakatan Harapan mengambilalih tampuk pemerintahan pasca Pilihanraya Umum ke-14, saya sedikit terganggu.   Saya tidak sangat kisah mengenai janji manifesto yang tidak dipenuhi, kerana khabarnya bukan kitab suci, begitu juga apabila presiden parti menegaskan ‘dia tidak akan meminta maaf’ pada rakyat.   Saya tidak sangat terkesan dengan perkara-perkara semacam itu. Yang menggangu saya adalah perihal menteri yang ‘meminta laporan’ mengenai sesuatu keadaan.   Yang terbaru adalah Menteri Pendidikan, yang meminta laporan mengenai keadaan sekolah sukan, SMK Seri Titiwangsa yang dilaporkan oleh akhbar sebagai daif daripada segi kemudahan latihan dan penginapannya. Hal tersebut telah pun dilaporkan dalam akhbar, rakyat telah pun mengetahuinya, malah ibu bapa para pelajar yang terlibat tentu juga lebih akur mengenainya kerana tentulah dikongsi bersama oleh anak-anak mereka. Setelah semua hal itu, apa perlunya Menteri meminta laporan, bukankah lebih baik Menteri membua

PILIHANRAYA KECIL P132 PORT DICKSON PENUHI AGENDA NEGARA

Imej
Ramai yang melihat dan mengikuti dengan rapat perjalanan politik mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau dipecat dari kabinet pada September 1998.   Selepas menunggu selama dua dekad, semalam Parti Keadilan Rakyat mengumumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertanding di kerusi Parlimen P132 Port Dickson.   Kerusi ini dimenangi oleh calon PKR – Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada Pilihanraya Umum yang baru lalu dengan majoriti sebanyak 17,710 undi. Sebenarnya tiada apa yang memungkinkan pemegang kerusi ini mengosongkan kerusinya selain   memberi laluan kepada Presiden partinya bagi membolehkan menjadi Ahli Dewan Negara dan seterusnya diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.   Itu sahaja, tiada agenda lain. Pilihanraya Kecil seumpama ini bukanlah perkara yang baru, ianya telah dilakukan berkali-kali, namun yang menariknya pada kali ini adalah pilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Parlimen P132 Port Dicks

MERDEKA TANPA UMNO!

Imej
Sambutan Merdeka pada tahun ini dengan tema “Sayangi Malaysiaku” adalah kali pertama pasca Pilihanraya Umum ke-14.  Menariknya pada tahun ini adalah juga kali pertama tanpa kerajaan yang telah berkuasa selama 60 tahun – UMNO dan Barisan Nasional. Mungkin ramai (khusunya yang mengundi BN) menganggap kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan sebagai gagal, apatah lagi dilihat tidak dapat menunaikan sebahagian janji mereka dalam manifesto tempohari.   Secara peribadi, hanya mereka yang kurang mahu berfikir memilih Pakatan Harapan kerana janji manifestonya.   Pada saya yang lebih besar adalah ‘perubahan’ kepada sebuah kerajaan yang telah lama mencengkam kuasa dan terdedah kepada pelbagai ‘salahguna kuasa’ secara tidak langsung. Sambutan Kemerdekaan peringkat kebangsaan akan berlangsung di Putrajaya. Tentulah sesuatu yang manis untuk menyaksikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menyambutnya untuk kali pertama di bawah Pakatan Harapan. Seingat saya hanya dua kali, sambutan Ha

MENGEJUTKAN HARIMAU BAHASA YANG TERLELAP!

Imej
Salah satu agensi yang penting dan termaktub di dalam perlembagaan negara adalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).   Ini kerana peranan DBP mecakupi tanggungjawab dan mandat yang besar untuk memartabatkan Bahasa Melayu di negara ini. Kedudukan Bahasa Melayu termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mestilah digunakan untuk maksud urusan rasmi. Dewan Bahasa dan Pustaka yang ditubuhkan   pada tarikh 22 Jun 1956, selain daripada memartabatkan Bahasa Melayu disamping bertujuan mengembangkan Bahasa Melayu.   Dewan Bahasa dan Pustaka menggariskan Bahasa Melayu Salah Satu Bahasa Utama Dunia  sebagai visi mereka.   Namun akhir-akhir ini sejak sedekad yang lalu, DBP menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha mereka memartabatkan Bahasa Melayu.   Pada awal 2009, terdapat bantahan secara besar-besaran yang membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ) .   Tindakan ba

SALAM AIDILFITRI MALAYSIA BAHARU!

Imej
Biarlah saya berterus terang, sebenarnya saya telah menyambut Hari Raya jauh sebelum kita menyambut kedatangan Ramadan, iaitu seminggu sebelum Ramadan bermula.   Saya menyambutnya ketika Pakatan Harapan menafikan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU-14 yang baru berlalu.   Itulah kemenangan yang manis kepada ramai rakyat Malaysia. Walaupun banyak janji-jani dalam manifesto PH yang belum terlaksana, misalnya menghapuskan tol dan menurunkan harga minyak, namun saya tidak pernah ambil pusing terhadap janji-janji ini.   Malah apabila seorang rakan dalam laman muka buku menitipkan ungkapan berikut: “najib janji nak bagi free tol sempena hari raya…PH pulak bagi 50 peratus.   Mana yang lebih baik ?” Saya dengan tegas menjawab begini: “eloklah yang 50% daripada yang free tapi rembat duit rakyat!” Malah rata-rata semua rakyat akur dengan penjelasan dan kewajaran kerajaan PH untuk menangguhkan janji-janji dalam manifesto berdasarkan keadaan ekonomi negara pada masa ini

JANGAN LEBIH SUDU DARI KUAH!

Sepanjang tempoh peralihan tampuk pemerintahan negara dari Kerajaan Barisan Nasional kepada Kerajaan Pakatan Harapan pasca PRU-14, seolah-olah kelihatannya barisan kerajaan baharu ini hanya dianggotai oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sahaja. Apa tidaknya, saban hari ada sahaja kenyataan daripada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.   Yang terkini adalah kenyataan bagaimana isi kandungan fail merah yang didedahkan menunjukkan kepincangan dalam tadbir urus kerajaan sebelum ini. Saya kurang berminat dengan kenyataan-kenyataan terbuka seperti ini yang didedahkan secara pramatang, maksudnya, sebelum benar-benar menyelidiki semua aspek telah dikeluarkan kenyataan.   Saya tidak meragui penemuan-penemuan ini, namun biarlah berlaku adil kepada semua pihak, bukan sahaja kepada para pegawai yang terlibat dalam kementerian tersebut malah kepada mantan kerajaan sebelumnya.   Bermula daripada kelewatan majlis angkat sumpah Perdana Menteri yang sepatutnya berlangsung pada pagi 10 Me

SPRM, BUAT SAJALAH KERJA!

Imej
Antara agensi yang menjadi tumpuan pasca kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).   Agensi ini memang menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia dan antarabangsa.   Sebabnya adalah mudah kerana agensi ini yang sepatutnya berfungsi secara bebas, khabarnya terikat tangannya apabila mengendalikan kes-kes berprofil tinggi. Kes terbaru pasca kerajaan baru selepas 10 Mei 2018, adalah kes yang berkaitan dengan 1MDB yang pengerusinya adalah Datuk Sri Najib Tun Razak, mantan Perdana Menteri. Apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed mengambilalih tampuk kepimpinan negara, antara agenda reformasinya adalah memperbaiki sistem yang telah rosak.   Yang paling terkesan adalah SPRM.   Ketika era Najib, SPRM diterajui oleh Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang kini telah kembali ke Jabatan Peguam Negara, kerana meminta untuk dilepaskan daripada kontraknya. Banyak nama-nama yang muncul, antaranya adalah Tan Sri Abu Kassim yang pernah men

RAMADAN YANG MANIS

Imej
Siapa sahaja yang pernah merasai hukuman samada penjara mahupun lokap, tentulah boleh membayangkan kesukaran dan sangat menghargai erti sebuah kebebasan.   Begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjalani hukuman penjara sejak tahun 1999. Ketika mulanya   bahang reformasi pada tahun 1998, selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari semua jawatan politik dan parti saya telah menyaksikan kebangkitan rakyat.   Ini kerana laungan reformasi dapat dilihat dari rumah saya yang berhadapan dengan lebuhraya Kesas. Selepas 1998, politik di Malaysia telah memasuki fasa yang baru, fasa yang tidak pernah terfikir oleh akal yang wajar. Manifestasi kebangkitan rakyat telah diterjemahkan dalam pilihanraya umum pada tahun 1999, apabila bilangan kerusi yang dimenangi oleh pembangkang meningkat kepada 45 berbanding 30 pada pilihanraya umum 1995. Selepas Dr. Mahathir melepaskan teraju utama negara pada 2003, Pak Lah mengambilalih tampuk pemerintahan dan mengadakan pilihanraya umum pada 2004

BIARLAH ‘ORANG TUA’ ITU MEMPERBETULKAN KESILAPAN MASA SILAMNYA

Imej
Ketika Dr. Mahathir memegang tampuk kuasa pada kali pertama pada tahun 1981, saya baru sahaja selesai persekolahan wajib selama 11 tahun.   Tiada banyak benda yang saya ambil tahu mengenai pergolakan politik ketika itu, hidup memang mudah!   Dengan peningkatan usia dan memasuki dunia pekerjaan saya mula membaca dan mengambil tahu hal-hal yang berlaku dalam negara dan di luar negara.   Kemuncak dunia pekerjaan saya adalah menyertai stesen televisyen swasta yang pertama di negara kita,   sekitar awal tahun 90an.   Ketika itu stesen TV swasta yang pertama itu berada di kemuncak dan antara yang menjadi pilihan rakyat Malaysia.   Saya seperti rakan-rakan lain amat berbangga kerana bekerja di sebuah stesen TV swasta walaupun bidang pekerjaannya bukanlah bidang penyiaran mahupun selebriti. Selepas beberapa tahun di stesen TV tersebut, krisis politik melanda negara dengan wujudnya Kem A dan Kem B dalam parti utama negara – UMNO.   Kemuncaknya adalah sekitar tahun 1998, apabila Da

SEJARAH TIDAK SELALU TERCIPTA!

Imej
SEJARAH TIDAK SELALU TERCIPTA! Sejak tiga tahun yang lalu, banyak rutin saya berkisar pada perjalanan jarak jauh dan dekat bukan sahaja atas urusan kerja namun juga apa yang saya istilahkan sebagai “lawat kawasan”.   Kebanyakkan adalah ke kawasan yang jarang-jarang saya sampai hanya untuk melihat “hebatkan negaraku”. Ketika mula-mula cukai GST di perkenalkan, pada April 2014, rata-rata rakyat Malaysia begitu terkesan dan terbeban.   Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) di bawah pimpinan Pak Dinsman, menyarankan supaya sebuah penerbitan dihasilkan untuk merakam denyut nadi rakyat.   Buku kecil “Derita Rakyat” sebenarnya adalah penerbitan sempena setahun tahun program Baca Puisi Madrasah Seni diadakan bermula Januari 2015. PAKSI serius melihat keperitan dan derita rakyat menguliti kehidupan pada hari ini.   Kejatuhan harga getah, kenaikan harga tol antara bandar, kenaikan tambang pengangkutan awam, beban cukai barang dan perkhidmatan (GST), harga rumah yang melambung – kesemuanya