PENYENDAL ATAU UJI POPULARITI?
Itulah tanggapan saya seusai menghadiri Himpunan Penulis Malaysia 2018, hujung minggu yang lalu. Pada awalnya saya ingin saja menyertai program ini dari awal pagi, namun kekangan yang tidak dapat dielakkan saya hanya dapat hadir pada sebelah malamnya. Dan saya tidak menyesal mengenai hal ini. Himpunan Penulis Malaysia (HPM), program yang diatur untuk membolehkan para penulis bersemuka dengan Menteri Pendidikan atau sebaliknya,di samping menghimpun para penulis tempatan untuk membincangkan halatuju dunia persuratan tanah air. Objektif penganjurannya memanglah murni. Ditunjangi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia dan Perbadanan Kota Buku. Program pada sebelah malamnya adalah Dialog Awam bersama Menteri yang sepatutnya dimulai jam 8.00 malam, lewat selama sejam. Menteri memberi peluang kepada persatuan penulis mengemukakan pand...