MERDEKA TANPA UMNO!


Sambutan Merdeka pada tahun ini dengan tema “Sayangi Malaysiaku” adalah kali pertama pasca Pilihanraya Umum ke-14.  Menariknya pada tahun ini adalah juga kali pertama tanpa kerajaan yang telah berkuasa selama 60 tahun – UMNO dan Barisan Nasional.

Mungkin ramai (khusunya yang mengundi BN) menganggap kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan sebagai gagal, apatah lagi dilihat tidak dapat menunaikan sebahagian janji mereka dalam manifesto tempohari.  Secara peribadi, hanya mereka yang kurang mahu berfikir memilih Pakatan Harapan kerana janji manifestonya.  Pada saya yang lebih besar adalah ‘perubahan’ kepada sebuah kerajaan yang telah lama mencengkam kuasa dan terdedah kepada pelbagai ‘salahguna kuasa’ secara tidak langsung.

Sambutan Kemerdekaan peringkat kebangsaan akan berlangsung di Putrajaya. Tentulah sesuatu yang manis untuk menyaksikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menyambutnya untuk kali pertama di bawah Pakatan Harapan.

Seingat saya hanya dua kali, sambutan Hari Kemerdekaan berlangsung di Putrajaya iaitu pada tahun 2003 dan 2005.  Tentulah yang pertama kali pada tahun 2003 sempena tahun akhir Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri yang ke-4 sejak memegang tampuk pemerintahan pada Julai 1981.

Kembalinya sambutan Hari Kebangsaan ke Putrajaya tentulah dinantikan oleh para pemimpin kerajaan Malaysia Baharu, yang sering melaungkan ‘menawan Putrajaya’ sebagai matlamat mereka sepanjang beberapa pilihanraya umum lalu.

Perarakan Hari Kebangsaan kali ke-61 di Putrajaya akan membabitkan 12,714 peserta mewakili pelbagai agensi awam dan swasta. 

Walaupun terdengar suara-suara sumbang mengenai pentadbiran kerajaan yang baharu, namun walau apapun, sambutan kemerdekaan pada tahun ini tentulah lebih bermakna untuk majoriti rakyat Malaysia yang berani melakukan perubahan dalam pilihanraya umum, 9 Mei lalu.

Pedulilah, penyokong-penyokong UMNO dan BN yang masih ‘meroyan’ pasca PRU 14, namun apa yang jelas, rakyat Malaysia bakal menyambut kemerdekaan yang lebih bermakna tanpa UMNO! Inilah kemerdekaan sebenarnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?