Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

KEMELUT MCA – TAHNIAH DR. CHUA SOI LEK …

Imej
(Gambar Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek diambil dari www.thenutgraph.com) Saya bukan penyokong Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang baharu sahaja dinobatkan sebagai Presiden MCA pada pemilihan parti semalam. Tetapi apabila ada sekumpulan yang menggunakan pelbagai cara bagi menidakkan proses demokrasi dalam parti terbesar Cina di negara kita, saya rasa terpanggil untuk menyatakan sokongan saya kepada Presiden MCA yang baru ini. Datuk Seri Ong Tee Keat yang menerajui MCA selama 17 bulan tidak pernah sunyi dari pelbagai kecaman dari dalam dan luar partinya, dan kekalahan kepada Timbalannya bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditelan. Siapalah kita untuk menjadi hakim tentang skandal yang pernah menimpa Dr. Chua Soi Lek , tetapi keberanian dan kesungguhan beliau untuk mengakui kesilapannya akan tetap diingati oleh seluruh rakyat Malaysia. Kepada Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang tanpa jawatan hakiki dalam Kerajaan, bukan pun seorang Menteri, bukan juga seorang Ahli Parlimen (beliau mem

SELAMAT TINGGAL PBAKL 2010 ...

Imej
(Gambar-gambar yang sempat dirakam di PBAKL 2010 ) Semalam berakhir sudah satu lagi edisi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PBAKL ). Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ke-29 yang bermula sejak 19 Mac lalu telah melabuhkan tirainya, dengan pelbagai kisah dan tauladan. Saya bukanlah orang yang paling layak mengatakan bahawa PBAKL pada kali ini dianggap berjaya. Saya tidak mempunyai ‘booth’ pada kali ini, namun masih mampu mempamerkan produk melalui jalinan kerjasama dengan pihak-pihak lain. Walaupun begitu, penglibatan saya agak aktif pada tahun ini bukan sahaja kerana menggunakan pentas utama untuk berkongsi maklumat berhubung produk yang dipamerkan malah mengendalikan forum 1Malaysia Membaca yang dianjurkan bersama dengan Koperasi KedaiBuku Universiti Malaya (KKUM), Koperasi Buku Malaysia Berhad (KBMB) dan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa, Guru Nasional (PIBGN) pada hari terakhir pesta buku kali ini. Kejutan yang lebih besar ialah apabila YAB Perdana

CATATAN SEMASA GELAP …

Imej
Saya sengaja memilih untuk menulis ketika anak-anak saya sibuk untuk menyelamatkan dunia dari pemanasan global – menutup lampu dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam, pada malam Sabtu 27 Mac 2010. Sambil menonton separuh Buletin Utama dan 30 minit Cerekarama – Miah Oh Miah di kaca TV3 , saya menulis catatan ini hanya dengan cahaya komputer riba dan cahaya dari televisyen. Khabarnya bangunan Menara Berkembar Petronas dan Menara KL juga akan menutup lampunya bagi tempoh tersebut seperti yang dilakukan oleh mercu tanda di lain-lain negara. Negara kita yang mula menyertai kempen Earth Hour yang diinisiatif oleh World WildLife Fund (WWF) sejak tahun lalu sebagai satu usaha untuk menyokong perubahan iklim dan pemanasan global. Penyertaan pada tahun lepas telah menjimatkan lebih 550 megawatt tenaga elektrik yang mampu menerangi 170,000 buah rumah! Masalah perubahan iklim dan pemanasan global bukan masalah yang kecil malah adalah perkara yang amat serius dan usaha yang disertai

LULUH HATI SEORANG IBU …

Minggu lepas kita dikejutkan oleh berita seorang artis terlibat dengan najis dadah. Dunia seni kita tidak pernah sunyi dengan pelbagai kisah artis yang terlibat dengan najis dadah. Namun begitu cerita mengenai seorang pelakon lelaki yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Terbaik pada Anugerah Skrin memang mencuri tumpuan, kerana penglibatan dan penahanan pelakon ini telah merobek hati ibunya yang juga seorang yang amat dihormati dalam dunia lakonan amnya dan dunia seni khususnya. Anak lelaki berusia 31 tahun yang telah pun berumahtangga dan mempunyai seorang anak ditahan bersama teman wanitanya kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah serta menjadikan kediamannya di sebuah kondominium mewah di Kepong sebagai tempat memproses kokain dan syabu. Mengikut laporan, polis menemui 800 gram kokain bernilai RM650,000 dan 1.4 gram syabu bernilai hampir RM2,000 tersembunyi dalam sebuah bilik di kediaman terbabit. Polis turut menemui beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk

ADAB SELEPAS KEMATIAN

Imej
Perkembangan beberapa minggu lalu, agak sedikit menggangu saya. Kisah bagaimana teknologi disalahgunakan untuk memburukkan peribadi seseorang. Ironinya cakap-cakap dan fitnah ini melibatkan orang yang telah mati dan tidak lagi boleh melawan cakap-cakap ini. Kita teringat bagaimana penghibur No. 1 tanahair, Allahyarham Sudirman Hj. Arshad ditohmah dengan pelbagai penyakit sehingga memaksa Menteri Kesihatan pada ketika itu mengeluarkan kenyataan berhubung punca kematian beliau. Pada ketika itu, teknologi internet belum begitu meluas dan hanya cakap-cakap sahaja. Selepas perkembangan internet pada masa kini, pelbagai laporan mengenai Almarhum Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar disebarkan begitu meluas sehingga memaksa pihak istana mengeluarkan amaran keras berhubung kenyataan ini. Teknologi maklumat sekali lagi disalahgunakan oleh blogger apabila pelbagai cerita selepas kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar pada awal tahun ini. Seorang blogger dihadap

SAYA, AKU & WANITA ...

Imej
Kathryn Bigelow - Calon Pengarah Terbaik - The Hurt Locker Bulan Mac memang bulan wanita untuk saya – ini kerana dua wanita dalam hidup saya merayakan ulangtahun kelahiran mereka dalam bulan Mac. Anak perempuan tunggal saya pada 10 Mac dan ibunya sehari selepas itu. Ironinya bulan Mac juga bulan meraikan Hari Wanita Antarabangsa , iaitu pada setiap 8 Mac saban tahun. Hari Wanita Antarabangsa diraikan pada setiap 8 Mac untuk memperingati pencapaian ekonomi, sosial dan politik kaum wanita sejak dahulu, kini dan akan datang. Tema sambutan Hari Wanita Antarabangsa oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun ini ialah Kesamarataan Hak dan Peluang: Kemajuan Untuk Semua. Walaupun di negara kita tidak diisytiharkan sebagai cuti umum seperti di China dan Rusia yang menjadikan Hari Wanita sebagai cuti umum, namun pengiktirafan pihak Kerajaan terhadap golongan wanita tidak perlu dipertikaikan. Hari Wanita Antarabangsa yang diraikan hari ini mungkin akan lebih bermakn

CERITA DARI BALAI ...

Imej
Balai Polis - perakam seribu cerita (Gambar Hiasan) Dua hari lepas, saya menghabiskan separuh malam saya di sebuah Balai Polis. Bukan sebab saya ditahan atau menjadi OKT, tetapi kerana menemani rakan-rakan saya yang meminta bantuan pihak polis bagi menyelesaikan kemelut mereka. Kisah si bekas isteri meminta si bekas suami memulangkan kereta milik bekas isterinya. Oleh kerana pelbagai cara telah dilakukan secara baik, memohon si bekas suami memulangkan kereta tersebut, namun tidak diendahkan, malah pelbagai alasan tidak masuk akal diberikan dan yang terakhir – HARTA SEPENCARIAN! Mulanya saya agak ragu-ragu dan ingin sahaja memberikan tabik spring kepada si suami tadi, namun kecewa kerana ternyatalah alasan si suami tadi tidak masuk akal. Sebabnya kereta yang menjadi punca perbalahan ini telah dibeli oleh bekas isterinya sebelum mereka menjadi suami isteri, malah menurut si isteri tadi, bekas suaminya telah menggunakan kereta tersebut sejak ianya dibeli dan telah menyebabkan

MINGGUAN mSTAR

Saya tidak tinggal di Lembah Kelang, tetapi tinggal di pinggir Lembah Kelang lebih tepat lagi di Semenyih, yang berada di bahagian paling selatan negeri Selangor dan lebih hampir kepada negeri jiran, Negeri Sembilan. Oleh kerana saya tidak tinggal di Lembah Kelang, saya tidak mendapat naskhah percuma akhbar mingguan terbaru – Mingguan mStar yang diedarkan di sekitar Lembah Kelang, namun itu tidak menghalang saya berusaha untuk mendapatkan untuk tujuan entri ini. Pada pagi Ahad yang lalu, 28 Februari 2010, sebuah lagi akhbar mingguan berbahasa Melayu dilancarkan. Mingguan mStar , ahli keluarga terbaru Kumpulan Media Star, penerbit akhbar berbahasa Inggeris, the STAR . Mingguan mStar adalah lanjutan dari portal online mStar yang menyiarkan berita-berita berbahasa Melayu yang kompak dan terkini sejak lima tahun yang lalu. Walaupun buat masa ini, akhbar Mingguan mStar akan diedarkan secara percuma bersama dengan the Sunday Star sehingga bulan Mei nanti dan selepas itu akan