Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

MENGENANG DATUK HASSAN AHMAD

Imej
Kali terakhir saya menemui beliau ialah ketika menghadiri Majlis Bahasa anjuran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan di mana beliau menyampaikan ceramah kepada penjawat awam Negeri Sembilan. Itu kira-kira dua minggu sebelum ketibaan Ramadan. Seusai majlis ceramahnya saya sempat menghantar hingga ke kereta sambil menitipkan pesanan yang selalu saya ulang ketika bersama beliau. Sejak tahun 2005, sewaktu syarikat yang saya terajui diberi amanah untuk menjadi pengedar buku-buku terbitan Yayasan Karyawan di mana Allahyarham Datuk Hassan Ahmad menjadi penerajunya, saya sentiasa berusaha memenuhi sesi mengadap pada setiap hari Khamis. Seingat saya sesi ini tidak berlangsung hanya jika saya mempunyai mesyuarat rasmi yang tidak dapat dielakkan atau Datuk Hassan berada di luar Kuala Lumpur kerana urusan rasminya. Sesi mengadap setiap Khamis adalah sesi yang sering saya hadiri di pejabat beliau hanya untuk berbual mengenai pelbagai perkara oleh Allahyarham. Kali terakhir sesi i

SALAM LEBARAN ...

Imej

TERIMA KASIH USTAZ

Imej
(Ini entri terakhir, khabarnya dinukil ketika Allahyarham di Hospital) Saya menghadam novelnya ketika Seorang Tua Di Kaki Gunung menjadi teks subjek Kesusasteraan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Malah membaca ‘Sangeetha’, novel besar Azizi Haji Abdullah yang setebal 560 halaman itu, membuat saya cukup teruja untuk meletakkan Azizi Haji Abdullah setaraf Sasterawan Negara. Azizi Haji Abdullah yang lebih mesra dipanggil Ustaz adalah nama yang besar dalam dunia kesusasteraan kita. Malah ketika bersama beliau dalam satu majlis selama dua hari satu malam anjuran Seniman Paksi Rakyat Malaysia (Paksi) yang diadakan di Kuala Pahang, Puan Ainon Mohamad, bos dan tuan punya Penerbitan PTS sering mengungkapkan Ustaz Azizi Haji Abdullah sebagai ‘bakal Sasterawan Negara’. Itu kisah pada Oktober 2008 yang saya kongsikan di dalam entri ini http://kakisakat.blogspot.com/2008/11/santai-paksi-nelayan-perahu-kecil.html . Ketika itu, saya sempat berkongsi pandangan dengan Ustaz Azizi

PERJALANAN NOSTALGIA

Imej
Apabila saya diminta menyumbang sebuah artikel dengan skop tokoh atau usahawan di negeri Selangor bagi sebuah majalah terbitan agensi Kerajaan Negeri Selangor, saya tiba-tiba teringat seorang yang pernah saya kenali ketika zaman kecil saya. Ketika kecil saya membesar di persekitaran kedai runcit dan kedai kopi di kampung saya yang berhadapan dengan sawah padi. Mandi sungai sehingga meninggalkan parut di peha kiri saya adalah satu-satunya ingatan tentang kenakalan dan ingkar nasihat orang tua-tua pada masa itu. Apa tidaknya ketika saya berada sekitar darjah empat atau lima, salah satu hobi ialah mandi sungai walaupun tanpa pengetahuan orang tua dan abang saya. Setelah beberapa lama berjaya untuk tidak dihidu aktiviti nakal kami, pada suatu hari ketika membuat terjunan sisi dari jambatan, paha saya terlanggar paku dan darah membuak-buak di sungai, apatah lagi panic lah seluruh anggota geng jahat kami. Saya pun dengan muka ‘macho’ menahan sakit dan pulang seperti biasa w

SERONOKNYA JADI MAJIKAN DI MALAYSIA

Imej
Menonton Buletin Utama di TV3 malam tadi hampir meruntun air mata lelaki saya. Apa tidaknya, dua berita utama yang disiarkan merujuk kepada bagaimana kakitangan Dawama Sdn Bhd diberikan cuti tanpa gaji sehingga satu tarikh yang tidak dimaklumkan. Manakala pemandu syarikat bas CityLiner yang beroperasi bagi laluan Butterworth ke Parit Buntar pula diberhentikan tanpa sebab. Kisah Dawama bukanlah cerita baru, saya baru sahaja menulis mengenai isu Dawama yang sepatutnya ditamatkan konsesi mereka serta merta dalam entri semalam, nasib 380 pekerja bolehlah dibayar pampasan berdasarkan tahun mereka berkhidmat atau mungkin juga boleh difikirkan jika boleh diserap semula ke DBP berdasarkan budi bicara dan keperluan. Majikan seperti Dawama seolah-olah tidak mempunyai nilai kemanusiaan malah bertindak sewenang-wenangnya dengan pekerja mereka. Seolah-olah jasa para pekerja seperti tidak bernilai langsung. Bukankah para pekerja diwakili oleh kesatuan mereka, sepatutnya mereka dima