Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

DEGAR SEKOLAH SATU ALIRAN

Dongeng sekolah satu aliran bukanlah cerita baru.   Seperti usaha transformasi pendidikan, kisah sekolah satu aliran juga adalah sesuatu yang sudah basi.  Menteri bertukar, nama kementerian juga diubah dan dan diubah semula.  Namun usaha mengwujudkan sekolah satu aliran masih tinggal sebagai mimpi sahaja. Tidak pasti apakah agenda sebenar pihak-pihak yang mahukan sekolah satu aliran.  Sebahagian daripada mereka mengucapkan mantera perpaduan dan sekolah satu aliran adalah ubat yang paling mustajab khabarnya. Setelah puluhan tahun kita merdeka dan sekolah aliran Cina dan Tamil bercambah seadanya, tiba-tiba sahaja gendang sekolah satu aliran dipalu.  Tidak pasti apakah sebenarnya yang dimahukan dengan adanya sekolah satu aliran.  Sekolah aliran Cina adalah begitu terkehadapan dengan pengurusan oleh lembaga pengelola yang komited untuk memajukan pendidikan dalam kalangan komuniti mereka. Dalam situasi yang berbeza, sekolah aliran Tamil pula tidaklah segah sekolah aliran Ci

LOW YAT 2 & IMPIAN SUKU ABAD!

Saya mula menggunakan komputer di penghujung tahun 80an.  Ketika itu, komputer adalah agak besar dan mengambil ruang yang besar.  Ketika itu, sistem operasinya adalah berasaskan MS-DOS.  Menggunakan cakera liut (floppy disk) .  Tidak ada Plaza Low Yat ketika itu.  Yang ada ketika itu adalah Plaza Imbi yang menempatkan puluhan kedai-kedai komputer.  Plaza Imbi pula selalu dikhabarkan pusat jualan pelbagai barangan berasaskan komputer samada yang tulin mahupun tiruan. Saya sendiri ketika mahu membeli komputer yang mahu digunakan untuk bermain ‘game’ sahaja pada awalnya mengambil masa lebih dua minggu untuk memastikan saya tidak ditipu.  Maklumlah ketika itu membeli komputer dengan perbelanjaan hampir RM4,000 adalah satu pelaburan yang agak besar.  Setelah hampir dua minggu saya menyelusuri dan meninjau-ninjau, akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli di sebuah kedai di situ. Selepas Plaza Imbi menjadi pusat barangan tiruan, selepas sedekad muncul pula Plaza Low Yat pada pe

APABILA PERDANA MENTERI TAKUT DI NEGARA SENDIRI?

Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal menghadirkan diri ke dialog anjuran badan bukan kerajaan, Sukarelawan Guaman (SukaGuam).  Antara alasan yang diberikan adalah faktor keselamatan. Program Nothing2Hide yang dianjurkan oleh SukaGuam dengan objektif untuk memberi peluang kepada Perdana Menteri bagi menjelaskan persoalan mengenai 1MDB.   Namun majlis dialog ini tidak dapat dilangsungkan sungguhpun mereka yang dijemput telah berada di lokasi majlis.  Antara yang hadir adalah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Susulan pembatalan majlis dialog tersebut, Pengerusi SukaGuam telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Kluang, Naib Ketua Pemuda UMNO Johor dan Ketua Sekretariat Perundangan UMNO Malaysia pada Julai lalu. Hari ini ketika Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) di Putrajaya, Perdana Menteri yang sepatutnya menyampaikan ucaptama juga tidak hadir setelah dinasihati oleh Menteri di Jabatan