Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

PESTABUKU, DUDUK , BANTAH & BACA!

Imej
Esok akan bermula Pesta BukuAntarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)   Edisi ke-31yang bertemakan “Buku: Dunia Tanpa Sempadan”.   Khabarnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun lepasmencatatkan bilangan pengunjung seramai 1.7 juta orang. PBAKL 2012 ini akan berlangsungdari 27 April hingga 6 Mei 2012.  PBAKLkali ini diharap akan mampu mencapai bilangan pengunjung yang tinggi di sampingmencatat jualan yang memberangsangkan juga. Ironinya walaupun PBAKL sentiasa mempunyai ramai pengunjung namunakhirnya, para penjual dan penerbit yang menyertainya akan mengeluh dengannilai jualan yang tidak memberangsangkan.  PBAKL kali ini juga menyaksikan tujuh daripada sepuluh hari PBAKL iniberlangsung pada hujung minggu yang dimulai dengan hari Jumaat (27,28,29 Aprildan 4, 5, 6 Mei) ditambah pula cuti umum Hari Pekerja pada 1 Mei (Selasa).  Jadi jika penganjur mengimpikan pertambahanbilangan pengunjung sehingga 30%, nampak tidak mustahil. Pada hari kedua PBAKL 2012, akanberlangsung pula Demo B

TIBAI - POLITIK TAPAK KASUT & POLITIK TERDESAK ALA MALAYSIA!

Siapa pun tidak perlu untuk bersekolah tinggi, berhutang dengan PTPTN, mempunyai ijazah berjela-jela khususnya di dalam bidang perhubungan awam untuk berfikir secara matang.  Saya sebenarnya merasa amat malu dengan usaha sebuah NGO(k) yang saya kira lebih sesuai dilabel boNGOk, kerana tindakan mereka akhir-akhir ini. Biarlah saya berterusterang, saya memang merujuk kepada kumpulan yang melancarkan TIBAI yang kononnya untuk menolak individu bernama Anwar Ibrahim.  Saya tidak pasti sama ada boNGOk ini berdaftar secara sah di negara kita, jika ada soalannya adakah pihak-pihak seperti Pendaftar Pertubuhan yang terletak di bawah jurisdiksi Kementerian Dalam Negeri memandang sepi  perkara-perkara semacam ini. Walaupun parti-parti politik seperti UMNO mahupun gabungan seperti Barisan Nasional kelihatannya tidak terlibat secara langsung kecuali beberapa Senator yang dilantik oleh Kerajaan Barisan Nasional, bolehkah Kerajaan Barisan Nasional berlepas tangan dan menganggap bahawa usa

4 ATAU 77 HANYALAH SEKADAR ANGKA!

Imej
Semalam di Madrasah Seni, betul namanya memang sebegitu, surau atau madrasah yang melaksanakan aktiviti seninya secara aktif, meraikan majlis ulangtahun ke-77 Sasterawan Negara/Sasterawan Rakyat A. Samad Said. Walaupun tarikh sebenarnya ialah pada 9 April, namun kerana beberapa masalah teknikal penganjurnya, baru semalam dapat dilaksanakan. Uniknya majlis tersebut yang dianjurkan oleh Seniman Paksi Rakyat yang diterajui oleh Dinsman dan juga Madrasah Tarbiyah, Kampung Banda Dalam yang diketuai oleh Cikgu Ishak Surin selaku Pengerusi Madrasah. Walaupun hanya kenalan dan rakan-rakan Paksi yang hadir dengan tidak sampai 30 orang dan hanya dilakukan di sebuah surau, namun sangat mengesankan. Seperti yang diungkapkan sebagai ‘majlis elit’, meraikan SN/SR untuk ulangtahunnya pada kali ini amat bermakna. Gambar ihsan: http://kartunrossem.blogspot.com Dengan pengucapan teman-teman dan kenalan serta rakan-rakan Paksi, majlis dimulai oleh Pak Shukur Harun, aktivis dan penulis yang

SAYONARA SHARIZAT!

Hari ini, keranda jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat yang disandang oleh Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil akan ditutup. Ini menandakan jawatan kabinet yang disandangnya sejak penubuhan Kementerian khusus bagi kaum wanita di negara ini akan terus dikenang di dalam lipatan sejarah. Beliau adalah Menteri pertama kementerian tersebut. Memulakan kerjaya politik sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Belia & Sukan. Melangkah setapak demi setapak, kerjaya politik beliau dikembangkan dan akhirnya menjadi Menteri Pembangunan Wanita & Keluarga apabila ianya diangkat sebagai sebuah kementerian yang penting di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamed pada tahun 2001. Pada tahun 2004, kementerian ini ditukar namanya kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat. Setelah tiga kali menikmati kejayaan di Parlimen Lembah Pantai pada tahun 1995, 1999 dan 2004 akhirnya beliau tumbang pada tahun 2008 apabila tsunami melanda politik Ma

BOLASEPAK KITA, MARUAH KITA - SIRI 2

Imej
Seingat saya, saya pernah menulis mengenai bola sepak di negara kita, itu cerita pada tahun 2008, selepas hampir empat tahun, mutu bolasepak kita masih seperti itu juga - suam-suam kuku. Ketika itu saya menulis pada bulan Disember 2008, ranking Malaysia pada bulan November 2008 adalah pada tangga 151. Kini selepas kecoh dengan penggantungan Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa, saya terpanggil untuk melihat semula entri saya dulu. Kedudukan ranking Malaysia berdasarkan Mac 2012 ialah pada kedudukan 152 dengan penurunan sebanyak dua anak tangga. Sejak 2008, kepimpinan FAM pun tidak banyak berubah (atau sebenarnya tidak berubah!). Apabila Timbalan Presiden FAM, digantung selama 30 bulan daripada memegang jawatan kerana kritikan terhadap pasukan kebangsaan, suara-suara pedas yang mahukan teraju FAM digantikan amat lantang. Ini juga bukanlah kali pertama seorang pemimpin persatuan bola sepak digantung, sebelum ini dua bekas Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Oma

DUA KALI LIMA

Imej
Ketika pulang ke kampung di utara tanah air beberapa tahun lalu, saya tiba-tiba sahaja merasa amat sebak melihat masjid Kampung Naga di Kepala Batas yang telah berubah wajah dengan bangunan yang baharu. Bangunan baharu menggantikan masjid lama yang dirobohkan sama sekali dan didirikan masjid yang baharu ditapak tersebut. Saya merasa sebak kerana di masjid lama inilah saya mengadakan majlis akad nikah saya. Akhir-akhir ini saya terkesan terdapat kecenderungan merobohkan masjid-masjid lama atas pelbagai alasan dan digantikan dengan bangunan yang baharu. Saya bukanlah seorang yang anti pembangunan dan pemodenan. Namun apabila warisan dalam bentuk masjid, madrasah malah apa sahaja dirobohkan sewenang-wenangnya seolah-olah diberikan ‘lesen’ untuk memadam sejarah sesuka hati. Kejadian merobohkan masjid dan madrasah bukan sahaja dilakukan oleh pihak kerajaan malah oleh negeri yang ditadbir oleh pembangkang. Kisah Madrasah Salihiah, Kancut di Jalan Tambang Badak, Alor Star ya