Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2010

AL-QURAN, SUDOKU & ILHAM KEHIDUPAN ...

Imej
Kitab Suci Al-Quran Kegilaan 'Sudoku' Saya bukan ingin mencanang diri sendiri, tetapi ketika saya masih di bangku sekolah rendah, saya telah mampu menghafal Surah Yasin yang berjumlah 83 ayat. Itu dulu, dan kini saya memerlukan Surah Yasin bagi membaca Yasin. Apabila latihan membaca Al-Quran dan usaha untuk hafalan tidak dilakukan, itulah jadinya. Namun saya kini berusaha untuk kembali menghafal Surah Yasin. Selepas saya menjadi pengguna aktif iPhone, saya sentiasa bereksperimen dengan pelbagai aplikasi dalam iPhone saya. Antaranya ialah menggunakan aplikasi Al-Quran. Aplikasi Al-Quran dalam iPhone merupakan bacaan dan terjemahan lengkap kitab suci Al-Quran yang bukan sahaja boleh dibaca malah boleh diperdengarkan bacaannya oleh qari-qari tersohor. Maka menjadi rutin saya menggunakan aplikasi ini bagi membolehkan usaha hafalan ayat-ayat suci Al-Quran. Selain menggunakan pelbagai aplikasi dan e-book yang didatangkan dengan iPhone, saya juga memuat turun p

KECIK-KECIK TAK NAK MAMPUS …

Maaflah kerana tajuk entri yang kurang sopan, bukan niat saya memilih tajuk entri sedemikian, tapi itulah realiti suara hati saya. Membaca dan mendengar kisah ibu bapa tiga remaja yang berusia 14 tahun hilang selepas keluar membeli pakaian raya. Sebenarnya tiga remaja yang dimaksud tidak hilang malah memilih secara sukarela untuk hilang kerana dikhabarkan berkunjung ke rumah kenalan lelaki mereka di Teluk Intan. Mereka khabarnya sering menghubungi dan dihubungi rakan-rakan sekolah, malah pernah memberitahu supaya keluarga tidak bimbang kerana mereka akan pulang juga akhirnya. Itu yang dikhabarkan lewat pesanan ringkas kepada teman-teman mereka! Ibu seorang daripada remaja tersebut, Che Norliah Che Mat, 47, berkata, dia tidak lalu makan dan tidak lena tidur kerana mengenangkan anak perempuannya itu. ‘‘Sekarang saya tak ingat lain, apa pun yang berlaku, saya minta sangat-sangat agar mereka pulang, kami tak marah,” Pada hari Isnin lepas, pihak polis telah pun menemui ketig

ITNM, PENCINTA BUKU & TANGGA 30 TAKAH …

Imej
Semangat 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan Hari Selasa lepas, selepas sekian lama begitu terhambat dengan kesibukan bekerja, saya mengambil kesempatan daripada situasi kurang sibuk selepas Hari Raya untuk menghadiri Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 yang diadakan di Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Khabarnya seminar ini, yang diusahakan oleh Komuniti Buku Online adalah buat kali keempat diadakan sejak tahun 2006. Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 yang memfokuskan budaya membaca karya terjemahan dirasmikan oleh Datuk Mohamed Nor Khalid, kartunis Lat yang menyampaikan ucaptama bertajuk: Penghayatan Karya Terjemahan Melalui Watak Komik. ITNM yang telah beberapa tahun berkunjung ke Pesta Buku Frankfurt telah melancarkan karya Datuk Lat, Kampung Boy dalam versi terjemahan di pesta tersebut pada tahun lepas. Datuk Lat mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya dan bagaimana idea dicetuskan bagi menghasilkan Kampung Boy yang sebenarnya adalah koleksi k

1 MALAYSIA SEKADAR LABEL & SLOGAN?

Imej
“1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.” – YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Apabila gagasan 1Malaysia diperkenalkan YAB Perdana Menteri selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2008, ramai yang menganggapnya sebagai satu gagasan yang mampu mengangkat dimensi perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini ke tahap yang lebih tinggi. Malah gagasan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan memungkinkan perpaduan boleh dipupuk berasaskan gagasan ini. Tentulah seluruh rakyat Malaysia turut merasakan semangat ‘kekitaan’, apatah lagi dilaungkan oleh pemimpin nombor satu! Selepas beberapa ketika satu demi satu 1Malaysia muncul, kelab, yayasan, nombor pendaftaran kenderaan, klinik, dan yang terkini ialah susu 1Malaysia – ketika melancarkan Program Juara Rakyat peringkat negeri Sa

TIADA TAJUK

Saya tidak tahu mengapa ramai yang bertanya saya mengapa tiada sebarang entri mengenai tragedi yang menimpa Allahyarham Datuk Sosilawati, jutawan kosmetik dan tiga rakannya yang lain yang dibunuh dengan amat kejam dizahirkan di dalam blog saya. Bukan saya tidak peka dengan kejadian yang menimpa dan menggemparkan seluruh negara ini. Malah saya tidak pernah sedikit pun tidak mengingati peristiwa ini dalam kotak ingatan saya. Tetapi mengikuti perkembangan di media cetak dan elektronik dan juga blog dan tulisan-tulisan lain, serta ingatan pihak polis mengenai spekulasi berhubung kes ini, saya berpegang kepada pendirian bahawa biarlah pihak polis dengan segala kebijaksanaan mereka menyiasat secara menyeluruh dan mencakupi semua aspek sebelum sesiapa mengulas mengenainya. Ini adalah kerana sifir yang mudah, si yang dituduh bukannya calang-calang orang, seorang peguam yang telah biasa dan arif dengan selok belok perundangan, sebarang kesilapan malah tanggapan umum yang dizahirkan

ANAK YATIM, RAMADAN & SYAWAL …

Tangan kanan memberi Sorokkan tangan kiri Derma bukan tontonan Lakukan dalam sepi Sematkanlah keikhlasan Huraikanlah kebuntuan Kerana sesuatu Suratan kehidupan Mengharap dan dipinta bantuan Harta bukan milikmu Untukmu hanya rezeki Terkurang himpun lagi Terlebih memberilah Begitu lebih kurangnya Sedikit tulisan janji (Lirik lagu: Derma Bukan Tontonan - Herma Tino) Ramadan tahun ini telah berlalu, dengan penuh kemanisan dan kesyahduan, meratapi sehingga bertemu Ramadan yang akan datang. Saban kali Ramadan menjengah begitu juga anak-anak yatim menjadi rebutan pelbagai pihak untuk melakukan amal jariah. Daripada orang perseorangan yang mahu menambah pahala dan amalan bersedekah di bulan mulia ini sehinggalah kepada syarikat-syarikat korporat yang melaungkan ‘tanggungjawab sosial’ sebagai sebahagian akidah mereka. Tidak salah untuk melakukan amalan mulia ini, namun apabila kerancakannya lebih dalam bulan Ramadan sehingga anak-anak yatim ini seperti (bukan tangapan terhadap semua) diab

DIPERSILAKAN TUAN ...

Imej
Apabila membaca khabar mengenai seorang paderi Kristian yang akan melakukan upacara pembakaran Al-Quran sempena mengingati serangan September 11, 2001 yang lalu, saya agak tergamam. Hal ini pertama kali dikhabarkan pada penghujung Julai yang lalu. Paderi Terry Jones dari The Dove World Outreach Center yang berpengkalan di Gainesville, Florida, Amerika Syarikat, khabarnya mengetuai gereja tidak bermazhab. Saya agak tergamam kerana idea ini dicetuskan oleh seorang paderi sebuah gereja kecil dan label ‘antarabangsa’ yang digunakan juga mengundang kelucuan bagaimana seorang warga sebuah negara maju dan merupakan kuasa besar mempermainkan label antarabangsa! Sebagai seorang paderi, saya fikir tentulah Terry Jones telah khatam kitab Injilnya dan juga telah tahu kandungan keseluruhan Al-Quran yang dianggapnya ‘jahat’. Soalnya apabila seorang paderi yang sepatutnya mempunyai kadar toleransi agama yang tinggi, tetapi sebaliknya mengundang idea murahan seperti ini apatah lagi menyentuh perih

SALAM AIDIL FITRI

Imej
(Gambar diambil dari: blog.mynothing.net ) Akhirnya Syawal bakal menjelang, esok kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri selepas melengkapkan 30 hari Ramadan. Walaupun ada pelusuk dunia yang telah pun menyambutnya hari ini, tapi itu bukan persoalannya. Walaupun ada kalangan rakyat negara ini yang mengingkari arahan dan ketetapan mengenai sambutan Aidil Fitri, itu pun bagi saya adalah kes yang terpencil. Bukan apa, pun bukan siapa-siapa, sengaja sekadar menguji kesabaran rentetan dari Ramadhan yang telah ditinggalkan, moga Ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya, InsyaAllah. Kepada semua pengunjung blog ini, samada yang mengikuti secara tekun atau sesantai mungkin, sepuluh jari disusun memohon ampun dan maaf sekiranya ada kata-kata yang tidak menyenang, ada ungkapan yang tidak memberangsangkan ataupun ada pandangan yang tidak disetujui kerana bukan tugas blog ini untuk memuaskan hati mana-mana pihak atau tangan-tangan yang tersembunyi tetapi sekadar renungan dan catatan dari

SELAMAT BERSARA TAN SRI KPN

Imej
Menjelang raya ketiga nanti, Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara akan bersara dari jawatannya secara rasmi. Selepas 41 tahun mengabdi diri kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan selepas menjadi KPN selama hampir 4 tahun, akhirnya beliau bersara selepas mencapai usia 60 tahun. Memang sebagai seorang yang paling utama dalam pasukan PDRM, seorang KPN dianggap berkuasa, autoriti dan dihormati. Malah jawatan seorang KPN perlu mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Walaupun ura-ura mengenai kontrak beliau sebagai KPN tidak akan disambung telah bertiup kencang, namun pendedahan Tan Sri Musa mengenai tiada surat rasmi mengenai perkara tersebut oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) amatlah mengecewakan. Malah menurutnya lagi, hal tersebut hanya diketahui pada sidang media yang turut dihadirinya. Bayangkanlah perasaan seorang yang telah berkhidmat dengan begitu cemerlang (kalau tak cemerlang tak kan jadi KPN) dan mengakhirinya khidmatnya de

IKLAN TV3 ...

Saya tidak sempat menonton iklan hari raya TV3, yang dihebohkan telah ditarik balik. Saya hanya sempat menonton Buletin Utama pada hari semalam yang memaklumkan mengenai penarikan balik iklan ini. Namun begitu saya berkesempatan menontonnya melalui YouTube , dan agak terperanjat dengan pendekatan yang diambil oleh pengarahnya dalam iklan tersebut. Walaupun pihak pengurusan telah menarik balik iklan ini dan telah pun memohon maaf di atas keterlanjuran penyiaran iklan ini, namun apa yang bermain di benak saya ialah bagaimana proses kawalan kreatif dalaman oleh pihak TV3. Hal pertama yang disedari ialah bagaimana iklan ini dihasilkan oleh seorang yang bukan Islam, bukan Melayu (bukan maksud saya menidakkan kekreatifan beliau) tetapi semangat Syawal tentulah lebih akrab dengan pengarah kreatif yang beragama Islam sekurang-kurangnya. Iklan yang khabarnya dihasilkan dengan belanja sebanyak RM200,000 telah begitu sahaja diperap akibat kurangnya sensitiviti si pengarah kreatifnya.

APA KESUDAHANNYA PROTES BENDERA?

Demonstrasi ‘berbayar’ warga Indonesia yang mengelarkan diri mereka kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang melancarkan protes terhadap Malaysia kononnya akibat penahanan tidak beretika oleh agensi marin Malaysia pada Ogos lepas. Insiden yang sudah melewati dua minggu ini masih di tahap yang membimbangkan, malah agensi-agensi pelancongan melaporkan kejatuhan tempahan untuk ke negara jiran tersebut ekoran bimbang terhadap keselamatan. Bendera yang kononnya mempertahankan kedaulatan negara mereka pula menggesa rakyatnya yang bekerja di negara ini kembali dan meninggalkan Malaysia, namun usaha ini dipandang sebelah mata oleh kebanyakan rakyat Indonesia sama ada yang PADI mahupun PATI. Keamanan negara ini dan kesenangan untuk ‘membuat’ duit adalah punca pelawaan untuk kembali ke negara mereka ditolak mentah-mentah. Jumaat lepas, saya seperti biasa singgah di sebuah gerai ayam panggang dan salai berhampiran Pajam, ternyata si penjual yang diamanahkan mengendali

BLOGGER DIDAKWA KERANA SATIRA?

Saya menyalahkan kesibukan saya untuk tidak mengikuti perkembangan bagaimana seorang blogger ‘Hassan Skodeng’ didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 2 September lepas. Hassan Skodeng yang dimiliki oleh Irwan Abdul Rahman yang juga merupakan editor eksekutif ruangan Lifestyle & Entertaiment akhbar The Malay Mail mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat dan memulakan penghantaran komen palsu berhubung artikel TNB to sue WWF over Earth Hour di laman blog miliknya di Internet. Penulis blog itu didakwa telah membuat dan memulakan komen palsu itu di laman blog http://nose4news.wordpress.com dengan niat hendak menyakitkan hati orang lain, tulisan ini dimuatkan dalam laman blog miliknya melalui entri bertarikh 25 Mac 2010 yang lalu. Saya sempat membaca entri tersebut dan merasakan ia hanyalah sebuah entri berbentuk satira yang harus dilihat sebagai sebuah karya fiksyen. Jika dinilai usaha Namewee mengF*** jauh lebih teruk dari tulisan Irwan Abdul Rahman, adakah si