Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2015

K-POP, JAKIM & PROAKTIF UMNO!

Minggu lepas kecoh mengenai perlakuan segelintir wanita Islam di Malaysia yang ‘merelakan’ di pop oleh kumpulan penari Korea – K-Pop.  Malah video perlakuan menimbulkan bukan sahaja kegusaran kepada umat Islam Malaysia malah menimbulkan kemarahan yang bukan sedikit. Cerita K-Pop bukanlah sesuatu yang baru, dan jika tidak silap antara yang pernah membawa masuk kumpulan K-Pop yang menjadi fenomena seluruh dunia adalah Kementerian Belia & Sukan Malaysia di mana Perdana Menteri Datuk Sri Najib sendiri pernah menjadi tetamu kehormatnya, ketika himpunan jutaan belia beberapa tahun yang lalu. Walaupun kemasukan artis luar negara tertakluk kepada pelbagai peraturan yang jelas, namun sekali lagi penganjur berjaya ‘memperdaya’ umat Islam di Malaysia dengan perlakuan tidak sengaja yang mengguris hati umat Islam.  Penganjur pula selepas ini akan memohon maaf beberapa kali dengan gaya Jepun dan umat Islam pula akan lupa selepas beberapa ketika. Khabarnya selepas perlakuan yang me

HIKMAH DI SEBALIK RAHMAT

Kata azimat – kita merancang, Allah SWT Maha Perancang. Itulah sebenarnya yang berlaku apabila negara di landa banjir pada penghujung tahun lepas.  Negeri-negeri pantai timur, Kelantan, Trengganu dan Pahang menjadi antara negeri yang begitu terkesan dilanda banjir pada kali ini. Di Kelantan pula, dikhabarkan bahawa banjir besar pada kali ini adalah yang terbesar yang melanda negeri itu sejak empat dekat yang lalu.  Khabarnya mangsa banjir di Kelantan sahaja mencatatkan lebih 200,000 yang dipindahkan ke pusat penempatan banjir di seluruh negeri itu. Tiada siapa yang dapat menduga hikmah di sebalik rahmat Allah SWT menurunkan banjir besar khususnya di Kelantan, namun semua kita sedar apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat adalah sesuatu yang luar biasa.  Luar biasa kerana Kelantan adalah antara tiga negeri yang ditadbir pembangkang di negara kita, namun terus mendapat pembelaan sewajarnya seperti Trengganu, Pahang dan Perak. Malah Perdana Menteri pula ber

SOLIDARITI UNTUK LUTFI & KAWAN-KAWAN HARAKAH!

KENYATAAN MEDIA - SENIMAN PAKSI RAKYAT (PAKSI) 8 Januari 2015 TINDAKAN KURANG BERAKHLAK PENGURUSAN HARAKAH  KE ATAS TIGA WARTAWAN KANANNYA 1. Seniman Paksi Rakyat (Paksi) merakamkan simpati kepada tiga orang rakan wartawan di Harakah yang diberhentikan tanpa mengikut etika kerja yang lazim apatah lagi akhlak Islam seperti yang selalu disyarahkan oleh pimpinan parti Islam PAS selama ini. 2. Bermula dengan tindakan memberhentikan secara serta-merta khidmat Pengarang Harakah, Datuk Tarmizi Md Jam, pada 1 Oktober 2014, kerana mengkritik UG dalam pimpinan PAS. Diikuti pertengahan Disember tindakan yang sama ke atas Roslan Hamid (editor rencana) kerana menyiarkan tulisan Dinsman yang mengkritik ulama dalam pimpinan PAS. Dan seterusnya tindakan ke atas Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman, atas alasan kesihatan, ketika beliau sedang bercuti sakit dan masih dalam rawatan doktor. 3. Paksi amat kesal dengan tindakan tidak beretika, zalim dan tidak berakhlak tersebut. PAS bersama rakan-rakan p

HIMPUNAN SOLIDARITI UNTUK KAWAN-KAWAN HARAKAH

Hari ini pimpinan PAS jadi tidak boleh ditegur. Tegur saja terus melenting dan gunakan kuasa apa yang ada untuk hentikan teguran. Saya ingatkan allahyarham Tan Sri Azizan Razak (bekas menteri besar Kedah) saja yang macam itu dulu. Rupa-rupanya kebanyakan ulama yang ada dalam PAS sekarang pun macam itu juga. Maka tersingkirlah Datuk Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid daripada Harakah, dan Ahmad Lutfi Othman pun diminta supaya berhenti. Mulanya Tarmizi diberhentikan sebagai pengarang Harakah, 1 Oktober 2014. Kemudian di pertengahan Disember Roslan pula diberhentikan, khabarnya kerana dialah editor yang bertanggungjawab menyiarkan 2 tulisan saya yang mengkritik ulama. Dan saya juga diberhentikan daripada menjadi kolumnis ‘Wacana Budaya’ di Harakah. Terakhir ialah Ahmad Lutfi, ketua pengarang Harakah sendiri, yang sedang bercuti sakit, diminta meletakkan jawatan. Barangkali kerana dia sedang mengalami sakit yang dipercayai oleh mereka akan menyebabkan dia tidak dapat menjalankan tugasnya

NASIB KELANTAN PASCA BANJIR

Saya percaya ramai yang telah membaca kenyataan oleh pemilik Kumpulan Karangkraf, Datuk Husammuddin Yaakob.  Tiada apa salahnya saranan dan pandangan tokoh korporat itu selain merupakan anak kelahiran Kelantan juga. Sebagai anak Kelantan, tiada siapa dapat menafikan hak dan kewajaran Datuk Husamuddin Yaacob apatah lagi ianya datang daripada seorang pemilik akhbar yang meletakkan untung dan rugi sebagai asas perniagaannya. Namun secara peribadi saya berpendapat saranan dan unjuran beliau untuk PAS dan UMNO bergabung di peringkat negeri untuk membangunkan Kelantan adalah tidak kena pada masanya.  Sebagai analogi yang mudah, adakah Datuk Husamuddin akan menimbangkan sesuatu yang dikhabarkan mampu merubah hidupnya sewaktu ditimpa musibah, tentulah tidak. Adalah juga tidak manis untuk menyatakan penggabungan dalam apa konteks sekali pun atas alasan yang terdesak seperti yang berlaku sekarang ini. Isu banjir dan penggabungan dan mewujudkan kerajaan perpaduan dan campuran ada

MATEMATIK NAIK HARGA!

Awal tahun ini dengan azam untuk terus menyokong akhbar Melayu, saya membeli akhbar Berita Harian yang lazimnya saya beli hanya pada hari Sabtu dan Ahad. Seperti biasa menghulurkan RM1.50 namun kata penjualnya harga baharu BH adalah RM1.80 kenaikan sebanyak 30 sen atau 20% daripada harga sebelumnya. Kenaikan harga sebanyak 20% bagi sesetengah barang apatah lagi dengan kenaikan kos sara hidup tentulah dianggap membebankan.  Tidak pasti apa matematik kenaikan harga yang digunapakai oleh pengurusan BH sebelum menaikkan harga akhbarnya sebanyak 20%. Siapa sahaja dengan sedikit latar ekonomi boleh memastikan bahawa pemintaan akan menurun jika harga dinaikkan.  Namun tidak pasti adakah pihak BH menyedari hakikat ini atau lebih menumpukan kenaikan harganya bagi menebus balik ( offset ) kos kenaikan bahan-bahan mentah penghasilan akhbar yang utama seperti kertas dan dakwat. Secara peribadi dengan ilmu ekonomi yang sedikit dan semangat konsumerisme yang tinggi, saya merasakan t

KAWALAN HARGA UNTUK SIAPA?

Jika kita ke pasaraya besar pada hari ini, kita pasti terserempak dengan jenama dalaman ( in-house brand ) pasaraya tersebut.  Lazimnya adalah barangan asas seperti minyak masak, minuman, dan pelbagai barangan lain. Pasaraya besar pula mewujudkan jenama mereka sendiri bagi memberikan peluang kepada para pelanggan mereka untuk memiliki produk dengan harga yang lebih murah.  Pasaraya besar pula mengambil inisiatif untuk mengiklankan jenama mereka sendiri selain kos untuk membangunkan produk mereka untuk kekal kompetetif. Namun lain pula ceritanya dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK), yang menetapkan harga siling bagi barang-barang kawalan misalnya ketika perayaan Aidil Fitri yang lalu, 18 barangan telah dikenalpasti dan ditetapkan harga siling. Soalnya, apakah pasaraya besar tidak dibenarkan untuk menjual harga minyak masak di bawah harga yang ditetapkan iaitu RM13.35 bagi minyak masak bersaiz 5 Liter. Bukankah lebih baik dan

SELEPAS BACA PUISI PENA, MARI KITA BACA PUISI @ MADRASAH SENI!

Imej
Setiap Jumaat pertama saban bulan acara yang pasti ditunggu adalah Malam Baca Puisi PENA.  Semacam telah menjadi jenama Persatuan Penulis Nasional (PENA), malam Baca Puisi PENA telah menjadi acara yang popular malah begitu konsisten daripada segi penganjurannya. Dimulakan sejak Jun 1998, kini telah memasuki tahun ke-17 penganjurannya.  Jarang sekali berubah kecuali sesekali diubah kepada minggu yang lain, Malam Baca Puisi PENA tetap berlangsung biarpun kadang-kadang cuaca yang mesra bertukar sebaliknya. Walaupun pernah dilabel ‘miskin khalayak’ Malam Baca Puisi PENA tidak pernah gusar, malah seperti yang diungkapkan oleh Dr. Saleeh Rahamad, malam baca puisi PENA adalah pentas terbuka untuk semua penulis dan karyawan persuratan tanah air.  Tiada siapa yang dihalang daripada membaca puisi asal sahaja mahu. Malah Malam Baca Puisi PENA juga telah beberapa kali berubah format penganjuran dan penganjurnya.  Misalnya bermula Ogos 2005, PENA memulakan Baca Puisi PENA-Dewan Saste

HARAKAH HARUKU ...

Kisah editor dibuang kerana tidak menepati kehendak pengurusan ataupun pengurusan menerima tekanan parti politik bukanlah sesuatu yang asing.  Di mana-mana pun editor akan sentiasa di bawah radar pengurusan dan pemilik malah kadang-kadang melangkaui taukeh-taukeh politik mereka. Seperti yang berlaku kepada editor akhbar Ming Pao , sebuah akhbar Hong Kong  yang khabarnya bebas untuk melaporkan malah sehingga melakukan siri penyiasatan bagi membongkar sebarang kepincangan, juga terpaksa menyingkirkan ketua editornya – Kevin Lau Chun-to selepas mendapat tekanan daripada kerajaan China.  Walaupun sukar tetapi itulah yang terpaksa dilakukan oleh pemilik akhbar ini. Di Malaysia pula, kisah editor akhbar yang berpaut kepada parti politik apatah lagi jika akhbar tersebut merupakan organ parti juga bukanlah sesuatu yang asing.  Jika pada tahun 1988, kisah editor Dewan Sastera yang terpaksa berpindah jabatan kerana penyiaran cerpen ‘Maharaja Beruk’ karya Yahya Ismail tentu dapat me