Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2009

NOSTALGIA AMBANG ANIKA JALAN LIKU...

Imej
Setelah 10 tahun kita meninggalkan zaman kegemilangan ambang anika jln liku..Teman2 & sahabat2 sekeluarga dijemput untuk menghadirkan diri di majlis hi-tea pd 31 Jan 09 bertempat di singgahsana hotel petaling jaya.kehadiran anda amat2 dialu-alukan agar hubungan ukhwah antara kita dpt dieratkan lg..Sila jawab utk kehadiran sebelum 24 Jan. Maklumat lanjut hubungi rozaimi 012-XXXXXXX, wan 012-XXXXXXX, khanca 017-XXXXXXX Itulah pesanan ringkas yang saya terima pada 16 Jan 2009 yang lalu menjemput bekas kakitangan Ambang Anika (anak syarikat TV3) yang terpisah sejak tahun 1999. Nostalgia Jalan Liku, memang sukar dikikis dari ingatan kami, kakitangan Ambang Anika seramai hampir 80 orang memang amat rapat kerana semangat setiakawan TV3. Kilang Rempah, Pejabat NST, Nasi beringin, gadis-gadis seksi Vision Four, APT, Kalari Payat, Studio C, rakaman Muzik-Muzik, Grand Brilliance, warong Jai – inilah yang mewarnai Jalan Liku sepanjang Ambang Anika beroperasi dari Jalan Liku selama hampir 4 ta

LOMPAT-LOMPAT & KUDIS BUTA

Imej
Gambar Hiasan: Minuman jenama 'Bota Best' keluaran dari Pekan Bota! Lompat-lompat lompat katak lompat Lompat-melompat dalam kolam Berenang-renang bersukaria Sambil menyanyi riang Berenang-renang bersukaria Sambil menyanyi riang Karya Mohd Dawam Daldiri Petikan dari buku : Skor Lengkap Lagu-lagu Untuk Pendidikan Muzik KBSR, Hj Abu Hassan Haji Ali – Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. (2000) Tiba-tiba sahaja nama Bota menjadi terkenal, apa tidaknya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bota, Datuk Nasaruddin Hashim mengisytiharkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pelbagai ulasan dan kritikan dilontarkan oleh pelbagai pihak tetapi yang paling mencuri tumpuan ialah komen YAB Perdana Menteri yang kecewa dengan tindakan lompat parti menyifatkan "Orang yang melompat parti pada saya dia telah mengenepikan perjuangan. Kalau orang kuat perjuangan (parti), dia akan menghadapi apa juga keadaan. "Orang yang begin

NILAI BERITA & KASUT TIGA PASANG

Imej
Gambar Hiasan: Pengilat Kasut (Shoe Polish) Seingat saya antara kerjaya awal saya yang saya menghadiri temuduga ialah untuk menjadi seorang wartawan di Kumpulan Utusan ketika saya berumur sekitar 21 atau 22 tahun. Antara yang menemuduga saya ialah Sdr. Johan Jaafar (kini Datuk), dan ringkasnya saya gagal mendapatkan pekerjaan tersebut. Setelah hampir dua dekad selepas itu, ketika saya mempunyai pejabat di Petaling Jaya, terserempak dengan Datuk Johan Jaafar, dan saya sempat berkongsi bahawa saya pernah menghadiri temuduga untuk menjadi wartawan dan ditemuduga oleh beliau. Selepas beberapa kali saya menemui beliau, saya berpuas hati dan bersyukur kerana tidak menjadi wartawan. Seperti kata SN/SR A. Samad Said dalam dedikasi bukunya Hujan Pagi kepada Dr. Harun Derauh: wartawan jati jarang makan gaji, tanpa makan hati . Dan ketika dunia masih berkecamuk dengan penderitaan rakyat Palestin atau masih menunggu-nunggu apakah langkah Presiden Negara 'Polis Dunia' yang baru, Barrack

EAN, EON, AGRO BANK, ALOR STAR & ALOR SETAR..

Imej
Ketika kecoh mengenai bantahan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran Mata Pelajaran Sains dan Matematik, ‘pejuang-pejuang’ bahasa yang telah lima tahun berjuang untuk memartabatkan bahasa Melayu di Negara kita, akhirnya bakal mengambil tindakan perundangan di samping perarakan besar-besaran untuk menyampaikan memorandum bantahan kepada DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong, khabarnya pada 7 Mac 2009, nanti. Saya tidak mahu mengulas panjang berhubung perkara ini kerana telah banyak ditulis dan dibahaskan oleh ‘pejuang-pejuang’ bahasa di Negara kita! Tetapi yang menariknya kepada saya ialah usaha para ‘pejuang-pejuang’ bahasa di Negara kita yang seolah-olah menghalalkan cara (tanggapan peribadi saya) mengenai bagaimana Bahasa Melayu di kesampingkan (kalau pun tidak dikatakan dibelakangkan). Sebagai contoh, Edaran Otomobil Nasional (EON) sepatutnya EAN – Edaran Automobil Nasional, perkara ini pernah disentuh oleh Sdr. Johan Jaafar (kini Datuk) dalam kolumnya beberapa tahun

TOLONG JAGA KEBERSIHAN & PENJUAL MINYAK BOTOL!

Imej
Gambar ini saya rakam di sebuah sekolah rendah di Putrajaya. Anda tafsirlah sendiri. Yang ini pula di Bandar Tasik Selatan di pinggir ibu kota. Menjual minyak dalam botol, harga RM4.00 dengan isian botol mineral 1500 ml, itu pun tidak penuh! Sebenarnya langkah penjual ini patut dipuji atas inisiatif keusahawanannya, manakan tidak mengambil peluang apabila ada. Stesen 'kerang' yang terletak di Bandar Tasik Selatan lebih kurang 1 km dari tempat jualan minyak botolnya telah hampir 3 bulan tidak beroperasi, alasannya yang diletakkan ialah kerja-kerja pengubahsuaian sedang berjalan, namun tiada kerja apa pun yang berjalan! Dan dengan adanya Kem Tentera, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Maktab Tentera DiRaja, sebuah Sekolah Menengah, dua buah Sekolah Kebangsaan, sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan Cina, sebuah Sekolah Kebangsaan Tamil dan sebuah Sekolah Rendah Agama, saya kira lebih 30,000 (anggaran sahaja) warga Pekan Sungai Besi dan Bandar Tasik Selatan yang merana kerana

MENGINSAFI KEMATIAN DALAM ‘MAUT’

Imej
(Poster filem ihsan dari budiey.com) "Katakanlah (wahai Muhammad);"Nyawa kamu akan diambil oleh Malaku'l-Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu,kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)". Surah As-Sajdah (Ayat 11) Selepas sajak ‘Kematian’ menjadi isu di sekolah-sekolah kerana dianggap keterlaluan dan menakutkan murid-murid sekolah, kini muncul Filem ‘Maut’ buah tangan terbaru Badarudin Azmi selepas filem ‘Syaitan’ pada tahun 2007. Filem ini yang terperap hampir dua tahun dan melalui pelbagai halangan di Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang menyaksikan lebih 10 babak dipotong disamping perubahan judulnya yang asal iaitu: ‘Malaikat Maut’ 'Maut' membuka tirai penayangan filem Melayu 2009 selepas 15 hari tahun 2009 membuka tirainya. Apa yang saya tidak faham kenapa lewat sehingga 15 hari, bukankah filem Melayu bersusun-susun menunggu tayangan. ‘Maut’ merangkaikan tiga buah kisah yang berbeza yang berlaku dalam

UMNO, PKR, PAS, LEPAS ITU…DAP?

Imej
Itulah urutan kemenangan Pilihanraya di Malaysia sejak PRU 12 tempohari. Selepas UMNO memenangi banyak kerusi di PRU 12, diikuti pula PKR yang memenangi semula kerusi Permatang Pauh yang dikosongkan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen. Itu pada penghujung bulan Ogos 2008. Kini selepas penangguhan Persidangan UMNO ke bulan Mac 2009, PAS memenangi pula kerusi P036 Kuala Terengganu. Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Allahyarham Dato' Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu. Ironinya kedua-dua Pilihanraya Kecil samada di Permatang Pauh mahupun Kuala Terengganu selepas lima bulan, PKR dan PAS menang bergaya dengan penambahan majoritinya. Di Permatang Pauh (P044), PKR berjaya menambah 857 undi berbanding BN yang kehilangan 1,426 undi. Ketika Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR) bertanding mempertahankan kerusi itu pada 2008, b

SURAT TERBUKA UNTUK TUAN BARRACK OBAMA - HARAPAN DAN PERUBAHAN

Imej
Apa khabar Tuan, harap Tuan dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Kurang dari 24 jam lagi, majlis pemasyuran Tuan sebagai Presiden Amerika yang ke-44 akan bermula sebaik sahaja jam berdenting 12 kali waktu tengahari, 20 Januari 2009 nanti. Harapan saya, Tuan akan terus berusaha memperkasakan kebebasan sejajar dengan tema pemasyuran Tuan sebagai Presiden – Kelahiran Kebebasan Baru!, frasa yang Tuan kutip dari ucapan Presiden Abraham Lincoln ketika Perang Saudara Amerika Syarikat. Sebenarnya kejayaan Tuan menjadi Presiden Amerika Syarikat akan menjadi tumpuan sejauh mana Tuan mampu mengotakan janji-janji perubahan demi Amerika yang baru. Malah perkataan impian dan perubahan telah saling digunakan dengan begitu meluas sepanjang tempoh dua tahun kempen Tuan ke Rumah Putih. Pendirian Tuan berhubung penglibatan tentera Amerika dalam peperangan di Iraq dan sekutu negara tuan di Gaza, walaupun sebelum ini diragui dan dicap sebagai akan sama seperti Presiden seb

MENGENANG BAPA PEMBANGUNAN MALAYSIA - TUN ABDUL RAZAK

Imej
(YAB Dato' Sri Najib dan ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak) Saya teringat kata-kata YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu merasmikan program ‘Legasi Tun Razak’ pada 15 Jun 2007 : Dato’ Sri Najib maybe his biological son, but I am his political son.. ( Dato’ Sri Najib adalah anak kandungnya (Tun Razak), tetapi saya adalah anak didik politiknya). Pada 14 Januari 1976, YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Hussein Onn, dalam nada sebak dan sedih melalui kaca televisyen dan radio mengumumkan ke pulangan ke rahmatullah, Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein di London pada usia 53 tahun kerana penyakit leukemia yang dihidapinya sejak tahun 1969,namun merahsiakannya daripada pengetahuan keluarga kerana tidak mahu kesihatan menjadi penghalang, dan mengenepikan kepentingan diri serta berkorban untuk membina agama, bangsa dan negara. Tun Abdul Razak akan sentiasa diingati sebagai seorang Perdana Menteri berjiwa rakyat dan tebal dengan semangat unt

PRIVATE NUMBER, PILIHANRAYA KECIL P 36 & GADIS SEKSI DI STESEN 'KERANG' TAMAN BAIDURI!

Imej
Saya tidak berapa pasti samada kita sedar atau separa sedar mengenai penggunaan telefon bimbit kita, yelah samada kira benar-benar menggunakan kemudahan tersebut atau menjadi hambanya. Rasional saya berkata demikian ialah kesungguhan saya menggunakan telefon saya seperti hamba sahaya gayanya. Samada urusan perniagaan, santai atau keluarga samada rasmi mahupun tidak, telefon bimbit saya sentiasa menjadi peneman walaupun terkadang saya tidak membawa dompet saya atau MyKad! Disiplin penggunaan telefon saya jauh di bawah paras berkawad pelatih PLKN. Namun begitu, sejak akhir 2005 saya telah membuat satu ketetapan bahawa saya tidak akan menjawab sebarang panggilan yang tidak memaparkan nombor si pemanggil, apa saja istilahnya – ‘ private number’ , ‘no number’ . Malah perkara ini telah pun saya tegaskan berkali-kali kepada teman-teman dan rakan niaga saya yang akan mengadu saya tidak menjawab panggilan mereka. Rasionalnya apabila ditanya oleh rakan-rakan tadi ialah saya tidak mampu membeli ‘

MENJAJAT HATI SEORANG AYAH DALAM 'ABHIYUM NAANUM'

Imej
Sebahagian adegan dalam 'Abhiyum Naanum' Baru-baru ini saya berkesempatan menonton sebuah filem Tamil: 'Abhiyum Naanum' (bermaksud- Abhi dan Aku). "Abhiyum Naanum" sebuah kisah bagaimana hubungan akrab seorang bapa yang penyayang dengan anak gadisnya dari usia yang kecil sehingga anak gadis itu menjadi dewasa dan melangsungkan perkahwinan. Kisah yang diceritakan dari perspektif seorang bapa kepada seorang bapa lain beranak kecil yang ditemui secara tidak sengaja di taman ketika dia berjogging. Filem ini menyelit banyak adegan yang boleh dilihat dalam kehidupan seharian seperti mana seorang bapa menghadapi hari pertama persekolahan anaknya. Watak-watak dalam filem bersifat realistik dan senang ditemui dalam kelompok masyarakat. Nilai kekeluargaan yang jarang dipaparkan dalam filem digarap dengan begitu meyakinkan dan berjaya meninggalkan kesan sinematik yang berpanjangan. Emosi dan kegembiraan seorang bapa membesarkan anaknya telah berjaya dimanipulasi denga

APABILA MENTERI SUKAN KURANG SEMANGAT KESUKANAN!

Imej
Menteri Belia dan Sukan - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Cadangan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menghantar skuad pelapis ke Sukan SEA Laos, Disember ini bukan sahaja kurang disetujui oleh kebanyakan persatuan sukan malah membelakangkan semangan kesukanan dan semangat setiakawan ASEAN. Sukan dwitahunan itu yang diperkenalkan sejak tahun 1959 dahulunya dikenali sebagai Southeast Asian Peninsular Games dengan hos pertama oleh kota Bangkok. Pada tahun 1977, ketika edisi yang kesembilan sukan tersebut ditukar kepada South East Asian Games di mana negara kita menjadi tuan rumahnya. Edisi ke dua puluh lima yang bakal berlangsung di Laos pada Disember ini memang mengundang elbagai persoalan misalnya pengguguran acara-acara yang mana negara kita berpotensi meraih pingat emas. Rasional penganjuran sukan ini ialah bagi merapatkan hubungan, kerjasama, persefahaman di kalangan negara-negara ASEAN. Pemilihan acara sukan oleh sesebuah negara tuan rumah adalah hak dan

MINYAK & AIR - BERCAMPUR TIADA!

Imej
Saya terserempak dengan dua kain pemidang ini, dan amat menggamit saya untuk merakam dan berkongsi demi manfaat bersama. Kain pemidang ini saya temui di sebelah stesen minyak yang baru dibuka berhampiran Bulatan Kampung Pandan, mungkin sahabat editor saya Sdr. Rozlan ( http://www.celikhuruf.blogspot.com/ ) boleh komen! Mungkin terlalu ghairah untuk menjadi saudagar minyak? Yang ini pula saya temui di Saujana Impian, Kajang. Saya tidak mahu mengulas kerana akan menuntut banyak jawapan yang tidak mungkin dapat saya penuhi. Pinjam cakap si Nabil (Raja Lawak - lu pikirla sendiri!)

TALI PINGGANG KELEDAR PENUMPANG BELAKANG!

Imej
Gambar hiasan: Gambar ini dipilih sebab keldai dan keledar berkongsi 'anagram' yang sama! Hari ini kita menyambut Tahun Baru 2009. Hari ini juga penggunaan tali pinggang keledar penumpang belakang mula dikuatkuasa. Yang menariknya peraturan pemakaian tali pinggang keledar disusuli pula dengan kempen kesedaran pemasangan tali pinggang keledar. Berdasarkan kenyataan Kementerian Pengangkutan, sebanyak RM40 juta dibelanjakan tahun sebelumnya (2007), RM45 juta tahun lepas (2008) dan RM45 juta lagi untuk tahun ini (2009), dengan segala alasan dan kewajaran. Majoriti penggunaan kenderaan di Malaysia ialah kenderaan penumpang dengan kapasiti penumpang seramai lima orang. Flashback sebentar: Dalam ucapan Presiden UMNO pada September 1982, YAB Perdana Menteri ketika itu, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pertama kali telah menyarankan matlamat kependudukan 70 juta. Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta. Saranan ini kemudiannya telah di